Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

MERAWAT MASALAH KELEMUMUR

By 13 Mac 2018September 7th, 2020No Comments
Kelemumur berkuping adalah masalah biasa kepada semua golongan. Kelemumur berkuping tidak sama seperti kelemumur biasa. Kelemumur berkuping mungkin tidak sebanyak kelemumur biasa, namun saiznya lebih besar menyebabkan ia lebih mudah dilihat.
Kelemumur berkuping sememangnya wajar untuk dihilangkan dengan pelbagai cara sekirannya anda ingin menjaga imej dan penampilan diri. Keselesaan pada kulit kepala juga harus diutamakan agar diri dapat dijauhkan daripada stress akibat kegatalan yang mana akan menyebabkan gangguan dari segi mental.
Jadi, apakah cara yang baik untuk mengatasi dan menghilangkan kelemumur berkuping pada kulit kepala? Berikut adalah tips-tips mudah untuk menghilangkan kelemumur.
MINYAK ZAITUN

Image result for minyak zaitun

Minyak Zaitun mengandungi anti-oksida, vitamin E, vitamin K, vitamin A dan sebagainya. Minyak zaitun juga bahan anti-radang serta berkesan untuk mengatasi kekeringan pada kulit kepala. Selain itu, minyak zaitun juga dapat merangsang peraliran darah dan boleh menguatkan rambut.
Cara-caranya:
1. Dapatkan sebiji telur dan pisahkan kuning telur daripada putih telur.
2. Campurkan dua sudu madu dan minyak zaitun bersama kuning telur tadi. Jika boleh, biarlah madu asli.
3. Tuangkan ke kulit kepala dan biarkan selama 30 minit.
4. Setelah 30 minit, basuh rambut. Boleh gunakan syampu.
5. Ulang kaedah ini sebanyak tiga kali dalam seminggu.
MINYAK KELAPA

Image result for minyak kelapa

Minyak kelapa adalah bahan anti kulat dan boleh mencegah kelemumur berkuping. Ia juga adalah pelembab semula jadi yang dapat mengatasi masalah kekeringan di kulit kepala sama seperti minyak zaitun di samping dapat menguatkan rambut.
Cara-caranya:
1. Basuh rambut menggunakan air bersih dan syampu tapi jangan gunakan perapi. Lebih baik gunakan syampu yang berasaskan herba jika ada.
2. Keringkan rambut. Pastikan betul-betul kering sebelum ke langkah seterusnya.
3. Tuang sedikit minyak kelapa ke kulit kepala sahaja. Jangan pula ke seluruh rambut kerana berminyak. Boleh menggunakan sikat untuk memudahkan proses ini.
4. Urut dan cuci rambut. Ulang kaedah ini seminggu sekali sehingga kelemumur berkuping berjaya diatasi.
AIR GARAM

Image result for air garam

Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala.  Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah.
Cara-caranya:
1. Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuaian dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen.
2. Rendam rambut anda dengan air garam selama 3-5 minit.
3. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala.
4. Bilas rambut anda. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
ALOE VERA (POKOK LIDAH BUAYA)

Image result for aloe vera

Gel lidah buaya atau aloe vera adalah bahan yang boleh menentang bakteria dan kulat. Bahan ini juga dapat membersihkan kulit kepala daripada sel-sel kulit mati. Ia juga mengandungi anti-radang dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kegatalan pada kulit kepala yang berpunca daripada kelemumur berkuping.
Cara-caranya:
1. Keluarkan gel daripada aloe vera.
2. Sapukan gel tersebut ke kulit kepala. Utamakan di bahagian yang kering.
3. Urut kulit kepala bersama aloe vera tadi dengan lembut lalu balut kepala menggunakan tuala bersih yang hangat dan lembab. Biarkan selama beberapa minit.
4. Basuh rambut menggunakan air bersih dan syampu yang anda percayai sehingga bersih.
5. Ulang kaedah ini sebanyak tiga kali dalam seminggu.
FAITHFLEUR

Rangkaian produk Faith Fleur yang telah terbukti merawat rambut ribuan pengguna juga mampu menghilangkan kelemumur pada rambut anda. Semestinya halal dan bebas bahan kimia untuk kebaikan penggunanya. Mulakan hari anda dengan Shampoo Faith Fleur, diikuti Conditioner Faith Fleur, seterusnya diakhiri dengan Serum Faith Fleur.
Cara-caranya:
1. Selepas menggunakan Shampoo dan Conditioner, kekalkan rambut dalam keadaan lembap
2. Picit Serum Faith Fleur 4-5 kali bergantung pada kepanjangan rambut
3. Sapukan rata ke rambut dan sehingga ke kulit kepala
4. Tak perlu bilas, boleh terus jalani urusan harian seperti biasa dengan wangian harum Faith Fleur

Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi agen kami di www.faithfleur.my/agen

Leave a Reply