Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

5 LANGKAH MUDAH UNTUK RAMBUT BERSINAR

By 9 Mac 2018September 7th, 2020No Comments

Tips rambut

“Boleh percaya ke petua rambut lurus kalau dibuat pada orang yang berambut kerinting? Kalau tengok pada iklan syampu, banyak juga yang kata boleh luruskan rambut. Betul ke?”
Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus. Sebab itu banyak iklan syampu di tv yang memberi fokus dalam mendapatkan rambut yang lurus.
TERLALU BANYAK BAHAN KIMIA BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT
Selain syampu, ada yang memilih untuk ke salon yang menyediakan perkhidmatan meluruskan rambut. Namun, penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.
Tanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman.

PETUA RAMBUT LURUS DAN BERSINAR DENGAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Ini tips yang boleh anda cuba supaya rambut mudah diurus.
Bahan-bahan itu adalah:
1. MINYAK KELAPA

Foto Kredit: toptenhomeremedies.com

Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.
Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.
Caranya:
  • Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
  • Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
  • Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
  • Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
  • Selepas itu, syampu dan bilas.
  • Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah
2. SANTAN KELAPA

Petua rambut lurus ini bukan sahaja meluruskan rambut tetapi melembap secara tak langsung rambut nampak berkilat. Bersifat antibakteria dan antikulat, santan kelapa juga membebaskan sebarang jangkitan di kulit kepala.
Caranya:
  • Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
  • Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
  • Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
  • Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
  • Sikat rambut sementara rambut masih basah
3. SUSU

Susu mengandungi pelembap semula jadi yang membantu meluruskan rambut.
Tips ini juga sangat sesuai untuk memacu kesihatan rambut.
Caranya:
  • Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan air
  • Masukkan dalam botol spray
  • Sikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambut
  • Sikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepala
  • Kemudian syampu serta bilas
4. TELUR DAN MINYAK ZAITUN

Telur membantu menjadikan rambut kuat dan bersinar manakala minyak zaitun memberi kelembapan.
Gabungan kedua-dua bahan ini membantu meluruskan rambut.
Caranya:
  • Pukul biji telur, kemudian masukkan empat susu minyak zaitun
  • Sapu pada rambut dan kulit kepala
  • Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang
  • Balut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit
  • Syampu dan bilas
5. ALOE VERA

Bahan aktif dalam aloe vera mengandungi enzim yang membantu pertumbuhan rambut, menjadikan rambut lembut serta melembap dan meluruskan rambut.
Caranya:
  • Campurkan setengah cawan gel aloe vera bersama minyak zaitun yang suam
  • Sapu pada rambut dan kulit kepala sambil urut perlahan-lahan
  • Bungkus kepala dengan shower cap dan biarkan selama dua jam
  • Syampu dan bilas
6. SERUM FAITH FLEUR

Serum Faith Fleur yang diperkaya dengan Minyak Zaitun dan Vitamin E membantu meluruskan, mewangikan dan merawat masalah rambut anda. Tiada bahan pengawet dan tiada bahan kimia berbahaya didalam serum ini.
Hanya RM10 sahaja, boleh guna sehingga 60 hari!
Caranya:
  • Lembapkan sedikit rambut
  • Picit botol serum 4-5 kali di tapak tangan
  • Sapukan dengan rata di rambut dan kulit kepala
  • Tidak perlu cuci dan bilas, boleh keluar jalan-jalan dengan rambut bersinar
Berminat? Contact je agen Faith Fleur disini https://www.faithfleur.my/agen

Leave a Reply