Ramai antara kita yang tahu, perapi rambut atau conditioner lebih banyak dipakai pada rambut untuk mengurangkan kegeseran antara rambut sekaligus mampu mengurangkan rambut gugur.
Tapi, tahukah anda perapi juga mempunyai beberapa cara lain yang boleh digunakan dalam kehidupan kita? Dan yang paling terbaik adalah ‘perkara lain’ itu bukan saja melibatkan rambut.
CARA ALTERNATIF PENGGUNAAN PERAPI RAMBUT
1. Perapi rambut sebagai pencuci berus alat solek.
Perapi sememangnya dikhususkan dalam melembutkan rambut. Penggunaan perapi secara kerap untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering adalah sangat digalakkan.
Jadi, penggunaan perapi rambut pada alat solek mampu memberikan kesan yang sama untuk helaian berus. Cuba anda keringkan berus alat solek. Anda boleh rasai kesannya selepas berus kering.
2. Perapi rambut sebagai krim pencukur.
Siapa kata perapi rambut hanya digunakan oleh wanita? Jika anda kehabisan krim pencukur, gunakan saja perapi rambut sebagai ganti. Walaupun buih yang dihasilkan nipis, ia sesuai untuk kulit kita kerana kandungan ‘fatty alcohols’.
‘Fatty alcohols’ mampu melembutkan kulit dan rambut bahkan banyak digunakan dalam produk-produk perapi dan losyen.
3. Perapi rambut sebagai sabun basuh baju.
Baru beli baju baru? Atau sedang melakukan aktiviti outdoor sampai baju tak cukup? Dan baju tersebut perlu dibersihkan segera?
Siapa sangka daripada pelembut untuk rambut, perapi rambut berfungsi dengan baik untuk kehidupan kita secara menyeluruh. Sebab itu, jika anda ada baju yang baru dibeli atau baju itu keras sehingga sukar untuk dipakai, anda boleh gunakan perapi rambut sebagai solusi.
4. Perapi rambut boleh mengurangkan sumbat dalam paip.
Bila muncul takungan air yang banyak terutamanya dalam tandas, pasti ramai antara kita akan panik. Pasti membayangkan duit-duit berterbangan kerana kos menggantikan paip tadi bukan?
Kami nak kongsikan 1 tips yang sangat mengagumkan.
Jika anda mengalami masalah paip rosak atau tersumbat kerana rambut gugur, picitkan perapi rambut ke dalam lubang tersumbat dan diikuti dengan air panas. Perapi akan bertindak sebagai pelincir untuk membantu paip bergerak semula.
5. Perapi rambut sebagai pembersih mekap.
Alamak! Dalam perjalananan jauh sehingga tertinggal pembersih mekap anda? Kalau tak dibersihkan mekap itu, nanti gatal dan rosaklah kulit muka.
Conditioner to the rescue.
Perapi rambut juga boleh membantu anda membuang mekap pada wajah. Tidak perlu air hanya picitkan beberapa perapi di tapak tangan dan oles rata pada wajah untuk menanggalkan kesan mekap.
Senang nak bergerak sekeliling dunia jika tahu perapi rambut ada pelbagai alternatif selain untuk rambut. Bawa satu botol sudah cukup untuk memenuhi keperluan harian sepanjang jauh daripada rumah.
Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover