Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

TIPS PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

By 24 November 2021No Comments

Sebagai seorang lelaki, mereka perlu sedar bahawa salah satu perkara yang menjadikan mereka kelihatan segak dan tampan adalah rambut. Kadang kala seseorang itu mempunyai wajah yang tampan tapi disebabkan rambutnya tidak terurus, hilang terus ketampanannya.

 

Sebagai contoh kita lihat pada pelakon Hollywood seperti Chris Hemsworth, Tom Cruise, Brad Pitt dan ramai lagi. Meskipun umur mereka semakin meningkat, namun mereka tetap kelihatan segak disebabkan rambut yang lebat dan kemas. Bahkan bukan sahaja pelakon, pemain bola mereka turut mengutamakan rambut antaranya ialah David Beckham, Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos dan lain-lain.

Mungkin ramai yang akan kata “Diorang tu banyak duit boleh la”. Hakikatnya untuk menjaga rambut sebenarnya tidak memerlukan duit yang banyak. Kalau tak percaya kami akan kongsikan tips tentang penjagaan rambut buat para lelaki.

1. JANGAN KERAP SHAMPOO RAMBUT

Ramai yang kurang faham tentang waktu untuk shampoo rambut. Mereka selalu fikir jika semakin kerap cuci rambut, rambut akan menjadi sihat dan sentiasa wangi. Hakikatnya, rambut menjadi tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur. Sebaiknya anda perlu shampoo rambut sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

2. KERINGKAN RAMBUT DENGAN BETUL

Selalunya yang rajin keringkan rambut ni adalah wanita. Sebab mereka mempunyai rambut yang panjang. Namun, lelaki pun perlu untuk keringkan rambut. Jangan terus sikat atau pakai topi ketika rambut anda basah. Itu yang membuatkan rambut anda bercabang. Untuk keringkan rambut pula mempunyai cara. Jika anda gunakan pengering rambut atau hair dryer anda perlu gunakan dengan betul. Tapi jika anda gunakan tuala atau kain, pastikan anda lap dengan perlahan-lahan. Jangan lap dengan keras sebab rambut yang basah senang untuk rosak.

3. JANGAN KERAP MEWARNAKAN RAMBUT

Sesetengah lelaki gemar mewarnakan rambut mereka. Pelbagai jenis warna yang dilakukan. Ada yang buat warna hijau, kuning, putih, merah dan macam-macam lagi. Sebenarnya, mewarnakan rambut secara kerap adalah tidak bagus. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu menggunakan pewarna yang murah dan kurang berkualiti. Pewarna yang murah mempunyai bahan kimia yang kuat dan ia mampu merosakkan rambut anda. Jadi, jika anda ingin mewarnakan rambut, pastikan anda memilih pewarna yang dijamin kualitinya.

 

4. SELALU TRIM RAMBUT

Zaman sekarang ramai lelaki yang membela rambut panjang. Sudah menjadi trend dalam kalangan orang-orang muda. Untuk membela rambut panjang sebenarnya tidak semudah apa yang disangka. Rambut yang panjang memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding dengan rambut pendek. Dalam pada itu, mempunyai rambut panjang tidak semestinya tidak perlu untuk trim rambut anda. Anda tetap perlu trim rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini adalah untuk memastikan rambut anda sentiasa kemas dan tidak serabai.

 

5. PEMAKANAN YANG SIHAT

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, anda juga perlu memastikan pengambilan makanan yang betul. Makanan sangat mempengaruhi kesihatan seseorang sama ada kesihatan dalaman mahupun luaran. Antara makanan yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan rambut yang sihat adalah Salmon, Yogurt, Bayam, Jambu batu, Bijirin yang diperkaya dengan zat besi, Kayu manis, dan Daging tanpa lemak.

Jadi itu sahaja perkongsian daripada kami untuk kali ini. Kepada para lelaki, sekarang anda sudah faham. Adakah menjaga rambut memerlukan modal yang tinggi? Jawapannya tidak sama sekali. Sekiranya anda mempunyai masalah rambut yang sukar ditangani, dapatkan nasihat daripada kami.

Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover