Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Prevention Is Better Than Cure, Ketahui Punca-Punca Pembentukan Kelemumur

Dalam segala perkara yang terjadi di atas muka bumi, kita kena selalu beringat yang ‘prevention is better than cure’ tau. Jangan sesuatu perkara tu dah jadi teruk, baru kita sibuk nak elokkan. Padahal dari awal lagi kita boleh elak. Salah satu contohnya adalah pembentukan kelemumur. Sebenarnya, kita mampu je cegah pembentukan kelemumur dari awal. Tapi sekarang ramai yang amik keputusan nak rawat bila dah terjadi.

Sedikit ilmu kepada semua, kelemumur adalah disebabkan oleh minyak berlebihan pada kulit kepala korang. Ia kemudiannya menyebabkan sel-sel kulit diperbaharui pada kadar yang sangat cepat, menghasilkan kepingan yang tidak sedap dipandang. Sel-sel kulit kepala yang normal selalunya diperbaharui setiap 28 hari. Untuk individu yang mempunyai kelemumur, sel-sel kulit diperbaharui setiap 11 hari. Laju tu korang!

Punca-Punca Pembentukan Kelemumur

  • Tidak menjaga kebersihan rambut adalah salah satu perkara yang paling utama sekali dalam menyumbang kepada pembentukan kelemumur. Sekiranya rambut tidak dibasuh dengan kerap, sel kulit mati dan juga minyak boleh membina dan menyebabkan kelemumur pada kulit kepala anda.
  • Apabila korang menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai, ia juga boleh menjadi punca kepada pembentukan kelemumur. Hal ini kerana, produk penjagaan rambut yang tidak sesuai menyebabkan iritasi berlaku pada kulit kepala korang dan menyebabkan kulit kepala korang gatal dan wujudnya kepingan.

Cara-Cara Mencegah Kelemumur

  • Cara pertama sekali untuk dilakukan bagi menghilangkan kelemumur adalah dengan mencuci rambut korang setiap hari dengan syampu anti-kelemumur. Sebagai contoh, dengan menggunakan Leaf Anti-Dandruff Shampoo by Faith Fleur. Shampoo tersebut akan membantu untuk menghilangkan minyak dan juga keping-keping kelemumur di rambut dan kulit kepala korang.

  • Jika kulit kepala korang rasa gatal sangat-sangat, jangan biasakan diri untuk menggaru kulit kepala korang dengan jari ya. Korang mungkin tak perasan, tapi jari-jari korang tu sebenarnya penuh dengan bakteria-bakteria berbahaya tau. Kalau berinteraksi dengan kulit kepala korang tu, mungkin keadaan kelemumur korang boleh menjadi lebih teruk lagi. Haaa, kan dah susah macam tu.
  • Mandi terus jika anda kerap berpeluh. Peluh yang banyak dan tidak dibersihkan dengan mandi boleh menerukkan lagi keadaan kulit kepala yang ada kelemumur.
  • Menggunakan pelbagai jenis gel rambut, minyak rambut dan sebagainya untuk melawakan rambut korang tu boleh menyebabkan lagi banyak pembentukan kelemumur di kulit kepala korang.
  • Biasakan untuk memakai Hair Serum Faith Fleur. Dengan memakai Hair Serum, rambut korang akan lebih sihat dan tampak bersinar.