Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Ingatkan Okay, Tapi Ni Perkara Biasa Dibuat Yang Menjadi Punca Rambut Gugur

Dalam rutin harian pengurusan rambut, mesti banyak perkara yang kita dah selalu buat kan. Haa, korang tau x kadang-kadang apa yang kita selalu buat tu boleh menjadi punca rambut gugur. Sebab itulah amat penting untuk kita membuat sikit kajian dan juga mempunyai ilmu tentang pengurusan rambut dan juga tentang penggunaan produk penjagaan rambut. Kalau tak, semua usaha yang kita lakukan jadi sia-sia je.

Terdapat pelbagai jenis keguguran rambut yang berbeza dialami oleh lelaki dan perempuan. Namun begitu, punca berlakunya keguguran rambut tersebut boleh terjadi daripada faktor yang sama. Seperti yang disebut sebelum ini, cara-cara kita melakukan rutin harian pengurusan rambut juga memainkan faktor penting. Walaupun dianggap normal dan okay, elakkan mengurus rambut korang dengan cara sebegini.

1) Mengikat Rambut Dengan Ketat

Ramai yang menggayakan rambut dengan ikatan rambut yang ketat seperti ponytail, braids dan sebagainya. Bagi yang tidak tahu, gaya rambut yang ketat boleh menyebabkan folikel rambut tertekan dan akhirnya rosak dek kerana ketegangan yang berlebihan daripada gaya rambut tersebut. Dalam beberapa kes yang melampau, ia juga boleh mengakibatkan traction alopecia. Keadaan tersebut bermaksud keadaan yang melemahkan folikel secara kekal sehingga menyebabkan rambut tidak dapat tumbuh.

2) Stress

Stress sebenarnya membawa banyak kesan buruk pada diri secara mental dan juga fizikal. Kortisol atau dikenali juga sebagai hormon tekanan yang dikeluarkan oleh badan apabila fikiran korang terlalu sibuk, boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, dan membawa kepada gangguan dalam kitaran pertumbuhan rambut yang sihat dan juga keradangan. Namun begitu, keguguran yang dicetuskan oleh stress boleh berhenti dan dapat membantu buat rambut untuk tumbuh semula. Ini boleh dicapai jika korang mengutamakan kesihatan mental, menjaga badan dan mengambil kira apa yang menyebabkan stress bagi korang.

3) Mendedahkan Terlalu Banyak Haba Pada Rambut

Apabila kulit kepala korang terdedah dengan haba yang tidak diingini setiap kali menggunakan pengering rambut atau produk penggayaan yang dipanaskan, rambut korang sebenarnya terdedah kepada risiko rambut yang rapuh. Hal ini kerana, suhu yang tinggi boleh merosakkan protein rambut. Kesannya membawa kepada rambut yang lebih nipis dan tidak sihat.

4) Menggunakan Produk Penggayaan Rambut Yang Berlebihan

Produk penggayaan rambut yang boleh mengekalkan gaya rambut yang diingini untuk masa yang lama boleh menyebabkan lebih banyak bahaya daripada korang disedari. Oleh kerana kandungan alkohol yang tinggi di dalamnya, produk penggayaan tersebut boleh membuat rambut kering dan rapuh. Sebaik sahaja korang menyikat rambut korang, sisa itu akan menyebabkan rambut putus dan juga gugur.

5) Masalah Dalam Menyikat Rambut

Sikat rambut hanya apabila diperlukan sahaja tau korang. Nyah kusut rambut korang dengan berhati-hati menggunakan semburan kusut, bermula dari bahagian bawah dan bukannya di bahagian atas yang boleh merosakkan rambut semasa korang berjalan. Gunakan sikat lebar untuk rambut basah dan yang berbulu lembut untuk rambut kering, dan elakkan menyikat rambut apabila basah.