Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Style Rambut Lelaki Millennial

Sudah zaman-berzaman, rambut menjadi salah satu tarikan pertama yang orang akan pandang. Oleh sebab itu, pelbagai jenis style rambut yang akan digayakan oleh ramai orang untuk menjadikan keyakinan diri mereka tinggi apabila bertemu orang lain. Apabila bercakap tentang style rambut, sudah pastinya style tersebut akan berubah mengikut peredaran zaman. Takkan nak nampak sama je kan walaupun dah 20 tahun.

Lelaki dan perempuan pon ada perbezaan dan style tertentu apabila nak menggayakan rambut.Untuk mereka terutama lelaki yang masih mencari-cari style apa yang sesuai untuk korang, artikel ini memang sesuai untuk pembacaan korang. Nak diingatkan juga, apabila korang dah seronok mencuba style rambut yang pelbagai tu. Korang jangan lupa untuk menjaga rambut korang tu dengan produk penjagaan rambut yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala korang supaya takdela nanti rosak pulak rambut tu tau. Untuk memudahkan korang, di bawah adalah beberapa style rambut lelaki Millennial dan juga cara penjagaanya.

Style Rambut Lelaki Millennial

1) Messy Mullet

Penggayaan rambut dengan nama ‘Messy Mullet’ ni sebenarnya memang dah lama famous sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, generasi sekarang telah mencuba style rambut ini dan mereka merasakan yang style rambut ini layak untuk digayakan semula buat masa sekarang. Hal ini kerana, style rambut sebegini memberikan korang peluang untuk nampak lebih tampan dan manly. Untuk lelaki Millennial di luar sana, terdapat panjang yang berbeza yang boleh korang tentukan mengikut kesesuaian muka korang jika korang nak cuba untuk menggayakan style rambut sebegini.

2) Buzz Cut

Style rambut sebegini memang semestinya menjadi pilihan ramai lelaki yang mahukan rambut yang low maintenance tetapi masih nampak kemas dan bergaya buat zaman Millennial kini. Style rambut ‘Buzz Cut’ ni memang mudah untuk dijaga dan juga digayakan. Bonus point untuk lelaki Millenial di luar sana, perempuan amat meminati lelaki yang menjaga penampilan mereka dan mempunyai style rambut yang kemas sebegini. Lagilah menjadi bukti bahawa korang perlu try style rambut ‘Buzz Cut’ ni dalam hidup korang okay.

3) Wet Mop

Style rambut dengan potongan ‘Wet Mop’ ini juga menjadi pilihan buat ramai lelaki Millennial masa kini. Jika sekali pandang, style rambut ini kelihatan sama seperti bagaimana golongan lelaki pada zaman dahulu menggayakan rambut tetapi mempunyai sedikit modern twist yang lelaki Millennial sekarang amat gemar sekali. Cara penjagaannya mejadi sedikit rumit jika dibandingkan dengan yang lain kerana jumlah rambut dan juga produk penggayaan rambut yang digunakan untuk menjadikan style rambut ini satu realiti.

Cara Penjagaan Rambut

1) Memakai Shampoo Dan Conditioner Yang Sesuai

Apabila korang dah menggunakan produk penggayaan rambut yang berbeza untuk menggayakan rambut korang tu, pastikan korang membersihkan semula rambut korang tu sebersih mungkin tau. Kalau tak, nanti produk-produk yang tertinggal pada rambut korang tu akan merosakkan rambut korang dengan teruk dan akhirnya tak dapat dah korang nak menggayakan rambut korang sesuka hati. Untuk pilihan yang terbaik, korang amat disyorkan untuk menggunakan Everyday Shampoo dan juga Everyday Conditioner daripada Faith Fleur untuk memastikan rambut korang bersih daripada sebarang bahan kimia dan juga kekotoran. Pada masa yang sama, ia juga membantu untuk merawat rambut korang dengan memberi nutrisi yang diperlukan oleh rambut.

2) Memakai Hair Tonic Dan juga Hair Serum

Kepada sesiapa sahaja terutama lelaki Millennial yang banyak menggayakan rambut, korang semua perlu amalkan penggunaan Hair Tonic dan juga Hair Serum dari Faith Fleur ni tau. Sebabnya, kedua-dua produk ni membantu untuk merawat rambut korang dari akar hingga lah ke hujung rambut. Apabila rambut korang terjaga, baru senang untuk korang menggayakan rambut korang mengikut zaman. Kalau tak, nanti rambut korang cepat rosak tau. Hair Tonic ni membantu untuk menguatkan akar rambut korang dan dapat mengelakkan rambut korang daripada mengalami masalah rambut gugur. Untuk Hair Serum pulak, ia membantu untuk merawat rambut korang untuk jadi lebih lembut, bersinar dan juga sihat.

Apa lagi korang. Untuk mendapatkan produk penjagaan rambut yang bebas kimia dan juga membantu untuk menjadikan rambut korang lebih sihat, layari je laman web Faith Fleur sekarang.