Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Bau Busuk Walapun Baru Je Lepas Mandi, Ini Puncanya Korang Perlu Tahu

Bagi sesetengah orang, ada kulit kepala dan juga rambut bau busuk selalu walaupun baru lepas mandi. Kalau jadi macam ni, bukan bermaksud yang diorang ni tak menjaga kebersihan tau. Akan tetapi, kondisi yang diorang tengah alami sebenarnya sebabkan bau busuk tersebut acap kali muncul.

Sedikit info untuk korang, ketiak dan kaki korang tu bukan satu-satunya bahagian badan yang dapat mengeluarkan bau. Sebenarnya, ia termasuk dengan kulit kepala dan rambut korang juga. Bagi mereka yang tak tahu, kulit kepala boleh dikatakan sebagai rumah utama kepada kelenjar apokrin. Ia juga terletak di kawasan yang sama dengan folikel rambut dan kelenjar sebum. Kelenjar itulah yang menghasilkan bahan berminyak dan berlilin, dikenali sebagai sebum. Sebab tulah kulit kepala jadi berminyak.

Biasanya, rambut korang sama ada tidak berbau ataupon berbau seperti wangian dalam produk penjagaan rambut korang tu, seperti syampu atau perapi yang baru korang gunakan. Kalau nak tau macam mana bau rambut korang, jalankan jari di sepanjang kulit kepala korang beberapa kali dan kemudian bau hujung jari. Jika korang dapat bau sesuatu yang lain daripada biasa, seperti bau yang agak busuk, korang sebenarnya mempunyai kulit kepala dan rambut yang berbau. Baik lakukan sesuatu.

Punca- Punca Rambut Bau Busuk

1) Berpeluh secara berlebihan

Jika korang seorang yang kuat berpeluh namun tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan isu tersebut, kulit kepala dan rambut korang akan menerima kesannya. Lama-kelamaan, korang juga akan berasa tidak selesa dengan rambut dan kulit kepala korang tu. Hal ini kerana, apabila pengumpulan peluh itu bercampur dengan bakteria pada kulit kepala korang, bau yang tidak menyenangkan akan muncul. Peluh berlebihan, juga dikenali sebagai hiperhidrosis, boleh memburukkan lagi keadaan!

2) Jangkitan kulat

Kulit kepala dan rambut berbau juga mungkin disebabkan oleh kulat yang hidup membiak pada kulit kepala korang. Untuk siapa yang mungkin tidak tahu, kulat tersebut boleh menyebabkan tindak balas keradangan seperti folikulitis, kelemumur, dan juga ekzema.

3) Perubahan hormon

Perubahan hormon sebenarnya dapat memberikan kesan kepada rambut dan juga kulit kepala korang tau! Sebagai contoh yang paling jelas, ramai wanita sebenarnya menyedari rambut menipis atau kehilangan rambut semasa menopaus. Hal ini kerana, jika badan korang telah menghasilkan jumlah androgen yang berlebihan, ini boleh mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan daripada kelenjar kulit korang termasuk yang terdapat pada kulit kepala korang sendiri.

4) Psoriasis

Jika korang mempunyai psoriasis pada kulit kepala, korang mungkin mempunyai sisik halus yang menutupi kulit kepala korang, atau mungkin mempunyai beberapa siri plak yang tebal dan berkerak. Kalau korang tak membasuh kawasan tersebut, ia mungkin bawa kepada perkembangan bau apabila minyak dan sel kulit terkumpul.

5) Produk penjagaan rambut

Sesetengah orang membeli produk rambut hanya berdasarkan bau produk, manakala yang lain lebih menumpukan pada hasil yang diinginkan. Walau bagaimanapun, produk penjagaan rambut yang mempunyai pewangi ini boleh menyebabkan pengumpulan minyak pada kulit kepala korang jika ia tidak dibasuh dengan bersih. Itu boleh menyebabkan bau yang kurang diingini berlaku pada rambut dan kulit kepala korang sendiri!