Rambut merupakan antara aset yang paling penting bagi setiap manusia. Oleh kerana itu, amatlah penting untuk korang semua menjaga rambut korang dengan elok dan teliti. Jika ada masalah rambut, lebih baik korang ambil tindakan awal untuk merawat rambut korang tu supaya masalah tersebut tidak menjadi lebih teruk. Untuk merawatnya, korang perlulah menggunakan shampoo dan juga conditioner yang sesuai ok.
Rambut adalah menakjubkan dan unik seperti orang yang memilikinya, oleh itu, mempelajari fakta tentang rambut korang adalah penting! Pelbagai jenis rambut yang berbeza boleh didapati dalam semua warna, tekstur dan panjang, ia boleh melalui banyak perubahan sepanjang hayat. Gaya rambut, potongan rambut dan warna rambut semuanya melalui peralihan dan jadi unik secara drastik dari hari ke hari berikutnya.
Untuk pengetahuan ramai orang, semua bulu badan tumbuh pada kadar yang sama, tetapi ia berbeza mengikut panjang peringkat pertumbuhannya. Sebagai contoh, bulu mata dan juga rambut di bawah lengan mempunyai kitaran hayat yang pendek iaitu selama sebulan atau kurang dari itu. Manakala untuk rambut kepala pula, ia tumbuh selama dua hingga enam tahun sebelum ia mati di akarnya dan kemudian gugur.
Fakta Unik Tentang Rambut
1) Rambut mengandungi maklumat penting yang digunakan sebagai bukti forensik dalam perbicaraan. Sebagai info tambahan, rambut mengandungi maklumat tentang kandungan aliran darah korang pada masa lalu. Oleh kerana itu, para saintis boleh mengetahui apa yang korang makan dan minum serta persekitaran yang korang tinggal hanya dari sehelai rambut yang kecil.
2) Rambut kebanyakannya diperbuat daripada keratin. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, keratin merupakan protein sama yang kita temui dalam lapisan luar kulit dan juga kuku kita. Juga secara mengejutkan, keratin itu ialah apa yang membentuk kuku dan bulu haiwan. Tak sangka kita mempunyai persamaan yang banyak dengan haiwan persekitaran kita.
3) Rambut yang sihat boleh diregangkan sehingga 30% daripada panjang yang asli apabila rambut tersebut menjadi basah. Peringatan untuk korang, jika rambut tidak meregang kembali ke keadaan asal, ia sebenarnya kekurangan protein. Jika ia terputus, rambut tersebut boleh jadi sama ada terlalu berprotein atau kurang lembapan.
4) Hitam adalah warna rambut yang paling biasa dan merah adalah yang paling jarang berlaku. 1% daripada penduduk dunia mempunyai rambut merah semula jadi dan warna rambut kedua paling jarang adalah berambut perang.
5) Memotong rambut korang tidak mempengaruhi berapa cepat ia akan tumbuh. Ini adalah fakta yang malang kerana ramai di antara kita telah diberitahu sebaliknya dan telah cuba untuk memotongnya dengan kerap. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa rambut dengan hujung yang bercabang akan menghalang rambut korang daripada tumbuh. Ini bermaksud, tiada pilihan lain untuk korang selain memotongnya apabila ia timbul.