Sebagai seorang ibu dan juga seorang bapa, korang haruslah sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kecil korang kan. Hal ini termasuklah anak-anak punya emosi, pendidikan, pakaian, dan juga semua jenis produk penjagaan diri mereka. Ramai ibu bapa di muka dunia ini terutama yang pertama kali menjadi ibu bapa, sudah semestinya akan risau tentang banyak perkara yang berkait dengan anak-anak mereka.
Apabila bercakap tentang produk penjagaan diri, artikel kali ini akan bercakap dengan lebih teliti tentang produk penjagaan rambut. Seperti yang ramai orang dah tahu, anak-anak kecil tidak boleh menggunakan produk penjagaan rambut yang sama seperti orang dewasa tau. Hal ini kerana, bahan-bahan yang terdapat dalam produk-produk tersebut tidak sesuai untuk kulit kepala diorang yang masih lembut dan rambut.
Sebenarnya, tidak ada cara yang pasti untuk meramalkan berapa banyak rambut bayi korang akan ada semasa anak-anak kecil itu lahir. Ada je sesetengah bayi tu dilahirkan dengan banyak rambut dan yang lain dilahirkan tanpa rambut langsung. Walaupun mereka mempunyai rambut semasa lahir, rambut mereka boleh gugur sejurus sahaja selepas bersalin, kemudian rambut tersebut akan tumbuh semula. Korang perlu faham bahawa adalah perkara biasa untuk bayi yang baru lahir tidak mempunyai rambut atau pon mengalami keguguran rambut. Namun begitu, ia langsung tidak menunjukkan masalah kesihatan yang ketara.
Produk Penjagaan Rambut Yang Sesuai Untuk Anak-Anak Kecil
1) Baby Shampoo daripada Faith Fleur
Baby Shampoo ini selamat untuk digunakan oleh anak-anak kecil kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia. Selain itu, ia juga diperkaya dengan Vitamin E. Vitamin tersebut mempunyai kelebihan untuk kulit kepala dengan fungsi mengurangkan keradangan dan membaiki folikel yang rosak. Korang tau tak, kesihatan folikel akan menjejaskan pertumbuhan rambut. Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang berfungsi untuk membaiki tisu pada rambut. Selain itu, vitamin ini dapat memperbaiki struktur rambut, dan berkesan dalam mencegah keguguran rambut. Yang paling penting sekali, Baby Shampoo ini membantu rambut anak-anak kecil lembut dan bersinar.
2) Baby Oil daripada Faith Fleur
Formula Baby Oil daripada Faith Fleur ni sebenarnya ringan dan tidak berminyak. Ia diperkaya dengan Minyak Badam, Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak Avocado dan Pro-Vitamin B5 untuk rambut yang kelihatan lembut dan sihat. Baby Oil yang lembut membuatnya mudah untuk korang mengurut kepala anak-anak kecil dengan penuh kasih sayang dan sentuhan. Dengan cara ni, korang dapat membantu dalam merangsang deria yang penting untuk perkembangan anak-anak kecil yang bahagia dan sihat. Cara menggunakannya adalah dengan menyapukan minyak pada kulit kepala dan rambut. Urut perlahan-lahan dengan hujung jari korang dalam gerakan membulat.
3) Memakai Hair Serum daripada Faith Fleur
Hair Serum daripada Faith Fleur ni sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Ia dapat mengurangkan masalah rambut gugur, menghapuskan kelemumur, melebatkan dan melembutkan rambut, membaiki rambut rosak dan kering, dan juga menjadi wangian kepada rambut. Cara penggunaannya adalah dengan memicit ke tapak tangan dan gosok, kemudian rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.