Apabila korang berhijab, jangan ingat yang korang tak perlu nak jaga rambut korang tu tau. Walaupun bertutup litup, rambut korang boleh turut menjadi rosak dek kerana cuaca yang panas, sinaran UV, dan juga penjagaan rambut yang tidak betul. Shampoo, conditioner, hair tonic, hair serum, dan hair mist merupakan produk penjagaan rambut yang patutnya dipakai oleh korang yang berhijab untuk menjaga rambut dan kulit kepala supaya tidak mempunyai sebarang masalah seperti rambut gugur, kelemumur atau pon yang lain-lain. Haa, ingat tau korang. Wanita berhijab juga perlu memberi perhatian terhadap rambut korang.
Apabila korang memakai tudung, ia bermakna kurang pengudaraan buat rambut korang. Oleh itu, rambut dan kulit kepala korang akan lebih banyak berpeluh, lembap dan berbau busuk. Kotoran dan peluh pada kulit kepala yang dibiarkan tertutup berjam-jam juga boleh menyebabkan kelemumur dan bau yang tidak menyenangkan. Kalau korang mengikat rambut dengan terlalu ketat untuk jangka masa yang lama, ia juga boleh kusutkan rambut. Selain itu, ia boleh menjadi lebih rapuh, mudah jatuh dan pecah. Pemakai tudung memerlukan penjagaan khusus untuk mencegah dan juga merawat masalah rambut yang disebutkan.
Rutin penjagaan rambut dan pemakaian tudung tidak dibincangkan bersama-sama dengan begitu kerap. Walaupun tidak acap kali dibincangkan oleh ramai orang, rambut di bawah tudung itu masih memerlukan perhatian khusus dan mempunyai keperluan yang istimewa. Masalah seperti kekeringan, keriting atau pon ketegangan pada akar korang, bersama-sama dengan penjagaan khusus yang diperlukan oleh setiap jenis rambut adalah penting untuk menghilangkan kebimbangan rambut korang daripada menggunakan tudung sebagai penutup yang mudah. Untuk sape yang tak tahu, artikel ni memang bagus untuk bacaan korang.
Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab
1) Sentiasa keringkan rambut dengan sempurna sebelum memakai hijab
Ya, faham. Ada sesetengah rambut memang mengambil masa yang lama untuk dikeringkan lagi-lagi kalau rambut tersebut panjang. Tapi, korang jangan lupakan step ni sebelum korang menyarungkan hijab tu. Hal ini kerana, rambut korang sebenarnya lebih lemah apabila ia basah. Oleh itu, apabila korang memakai tudung sewaktu rambut korang masih lembap, ia akan menyebabkan hujung rambut bercabang yang tidak diingini, keriting dan juga kelemumur. Ini semua hasil daripada geseran yang disebutkan dan integriti rambut korang yang terjejas.
2) Gunakan Hair Mask daripada Faith Fleur dua atau tiga kali seminggu
Hair Mask juga boleh dikatakan sebagai perapi rambut intensif yang memberikan kesan yang lebih mendalam. Apa yang membezakannya daripada perapi biasa ialah bahan-bahannya kebiasanya lebih pekat, dan hair mask juga dibiarkan pada rambut korang lebih lama seperti 20 minit hingga beberapa jam. Kalau korang menggunakan Hair Mask daripada Faith Fleur ni, kebaikan yang korang boleh dapatkan adalah Hair Mask tersebut dapat melembutkan rambut, mengelakkan rambut daripada berpintal dan kusut, menguatkan folikel dan helaian rambut, dan juga merawat rambut daripada bercabang. Cara penggunaannya adalah, selepas korang syampu rambut korang, keringkan rambut dengan tuala dan sapu rata hair mask ke seluruh rambut. Kemudian, urut dengan lembut selama 5-10 minit, kemudian bilas sehingga bersih.
3) Urut kulit kepala korang untuk menggalakkan pengedaran darah
Selain memanjakan diri korang, mengurut kulit kepala korang sekali seminggu untuk melancarkan peredaran darah dan juga kesihatan kulit kepala yang lebih baik. Untuk hasil yang lebih baik, korang juga boleh menggunakan minyak yang sesuai untuk kulit kepala dan rambut korang. Sebagai individu yang memakai hijab, rambut korang boleh menjadi kering dengan tertutup dalam hijab tersebut sepanjang hari. Dengan merawat rambut dan kulit kepala korang dengan minyak dan hair mask, anda membantu menambah minyak semula jadi pada kulit kepala korang.
4) Menggunakan Hair Mist dari Faith Fleur
Hair Mist ini sudah semestinya menjadi pilihan ramai orang terutama sekali mereka yang memakai hijab setiap hari. Produk ini mampu memberikan kelembapan kepada rambut, memberi nutrisi kepada rambut, melindungi rambut daripada cahaya matahari dan kesan haba dandanan rambut, mengelakkan rambut bercabang, dan juga mewangikan rambut sepanjang hari.Cara menggunakannya adalah dengan menyembur Hair Mist daripada Faith Fleur ke rambut sebelum atau selepas rawatan, dandanan rambut dan kemudian sikat rambut untuk meratakan ke seluruh rambut korang tu.
5) Jangan mengikat rambut terlalu ketat di dalam hijab
Mengikat rambut terlalu ketat di dalam tudung mampu merosakkan rambut korang. Untuk mengelakkan garis rambut surut, keguguran rambut, dan juga rambut cepat berpintal. Mari mulakan dengan melonggarkan sanggul dan ikatan rambut di dalam tudung korang. Memakai anak tudung yang kemas dan longgar dapat memebuat rambut korang tersusun di dalam hijab yang korang pakai tu.