Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Tak Susah Pon Nak Jaga Rambut, Ni Susunan Produk Penjagaan Rambut Untuk Digunakan

Setiap rutin nak jaga rambut yang diamalkan oleh ramai orang sudah semestinya berbeza. Sebenarnya, tiada satu rutin yang paling betul atau yang paling salah untuk diikuti oleh setiap individu. Tetapi, ada je cadangan untuk rutin penjagaan rambut yang korang boleh ikuti terutama kepada sesiapa yang masih lagi baru dalam memfokuskan diri dalam menjaga rambut ni. Kalau nak tahu, baca artikel ni sampai habis.

Bagi yang baru nak menjaga rambut secara teliti, mencari rutin penjagaan rambut yang sesuai untuk korang boleh menjadi sedikit menakutkan, terutamanya dengan begitu banyak maklumat dalam talian, dan juga produk penjagaan rambut baharu yang dilancarkan. Itulah sebabnya artikel ini mengumpulkan gambaran keseluruhan langkah-langkah rutin penjagaan rambut yang mudah untuk dapat rambut yang sihat.

Susunan Produk Penjagaan Rambut Untuk Dipakai Mengikut Urutan

1) Gunakan Shampoo untuk membersihkan kulit kepala.

Kulit kepala korang memang selalunya akan berminyak dan mempunyai banyak kotoran setelah menghadapi hari yang panjang dan memenatkan. Sebab itulah, ianya sangat penting untuk korang semua mencuci dan juga membersihkan semua lebihan minyak dan kotoran dekat kulit kepala tersebut supaya tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap rambut dan kulit kepala korang tau. Cara yang paling efisien untuk melakukan hal tersebut adalah dengan menggunakan Shampoo yang sesuai dengan masalah rambut yang korang tengah alami dan juga nak cuba selesaikan. Haaa, barulah dapat merawat dua masalah dalam satu.

  • Shampoo Hair Loss

Shampoo Hair Loss daripada Faith Fleur ni memang sangat membantu untuk sesiapa yang mempunyai masalah rambut gugur. Kebaikannya adalah, ia dapat mengurangkan masalah rambut gugur, mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala, dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut. Cara pemakaiannya sangat mudah. Korang hanya perlu basahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala, kemudian ratakan cecair shampoo di bahagian rambut dan kulit kepala. Korang boleh urut lembut kulit kepala korang dalam 2-3 minit dengan shampoo Hair Loss daripada Faith Fleur kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

  • Shampoo Leaf Anti Dandruff

jaga rambut

Shampoo yang ni pula membantu untuk sesiapa yang mahu menyelesaikan masalah kelemumur di rambut dan kulit kepala korang. Ia membantu untuk menghilangkan tompok kegatalan, membantu mengatasi masalah kelemumur, menyegarkan kulit kepala, dan juga mengurangkan iritasi pada kulit kepala. Untuk cara pemakaiannya pula, korang hanya perlu menggunakan selang sehari sahaja tau. Ratakan pada seluruh rambbut dan juga kulit kepala. Korang teruskan dengan membuat urutan di serata rambut dan kulit selama 2 minit. Akhir sekali, bilas sehingga bersih. Barulah dapat jaga rambut dengan elok.

  • Shampoo Absolute Repair

Absolute Repair Shampoo ni dicipta khas dengan kebaikan Aloe Vera, menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga mengekalkan keseimbangan kulit kepala.

  • Shampoo True Color

jaga rambut

True Color Shampoo ni pula boleh menjadikan rambut korang lebih licin dengan Minyak Camellia selain kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin E.

  • Shampoo Everyday

Everyday Shampoo ni pula dilengkapi dengan protein beras untuk menambahkan kilauan secara semulajadi. Selain itu, ia mampu meningkatkan fleksibiliti dan boleh menyokong helaian rambut korang tau.

2) Penggunaan Conditioner untuk merawat helaian rambut.

Selepas shampoo, korang jangan pula tinggalkan langkah memakai conditioner tau. Hal ini kerana, rambut korang akan cepat rosak dan juga kering sekiranya korang memakai shampoo dan tidak memakai conditioner dalam rutin penjagaan rambut korang. Oleh itu, korang perlu ingat untuk merapikan conditioner kat rambut korang sahaja tanpa terkena kulit kepala tau selepas korang menggunakan shampoo.

  • Conditioner Hair Loss

jaga rambut

Kelebihan conditioner ni untuk membantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan, mengurangkan kerosakan rambut, mengelakkan masalah rambut gugur, dan juga mengembalikan minyak semulajadi. Cara penggunaannya adalah dengan membersihkan rambut dari semua kesan syampu tanpa meninggalkan sebarang sisa, kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja, elakkan daripada terkena kulit kepala kemudian biarkan 2-3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

  • Conditioner Leaf Anti Dandruff

Bagi Conditioner Leaf Anti Dandruff pula, kebaikan yang ia akan berikan kepada rambut korang adalah untuk mengembalikan minyak semulajadi rambut, berikan kelembutan berpanjangan, menjaga kelembapan rambut, dan juga mencegah rambut daripada cepat rosak.

  • Conditioner Absolute Repair

jaga rambut

Absolute Repair Conditioner pula diperkaya dengan Minyak Biji Moringa, ia melindungi rambut daripada haba dan habuk persekitaran dan menghalang kerosakan rambut.

  • Conditioner True Color

True Color Conditioner mengandungi Minyak Cranberry yang terkenal sebagai agen anti-kelemumur dan juga, berperanan untuk melindungi folikel rambut.

  • Conditioner Everyday

jaga rambut

Everyday Conditioner pula kaya dengan Safflower untuk mengunci kelembapan dan menghidrat semula setiap helai rambut.

3) Memakai hair tonic

Hair Tonic daripada Faith Fleur dapat menggalakkan pertumbuhan rambut, menguatkan akar rambut, dan juga meningkatkan kualiti rambut dan kulit kepala. Cara penggunannya adalah, semburkan tonik di bahagian kulit kepala rambut. Urut selama 2 minit dan gayakan rambut seperti biasa.

4) Sapukan hair serum pada rambut

jaga rambutHair Serum daripada Faith Fleur ni dapat mengurangkan masalah rambut gugur, menghapuskan kelemumur, melebatkan dan melembutkan rambut, membaiki rambut rosak dan kering, dan juga dapat memeberi wangian kepada rambut. Cara menggunakannya adalah dengan memicit ke tapak tangan dan gosok, kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.

5) Akhiri dengan Hair Mist daripada Faith Fleur

Hair Mist daripada Faith Fleur ini dapat memberikan kelembapan kepada rambut, memberi nutrisi kepada rambut, melindungi rambut daripada cahaya matahari dan kesan haba dandanan rambut, dan juga dapat mengelakkan rambut bercabang. Cara menggunakannya adalah dengan menyembur Hair Mist ke rambut sebelum atau selepas rawatan, dandanan rambut dan kemudian sikat rambut untuk meratakan ke seluruh rambut.