Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Ikal Mayang Seakan Rapunzel, Guna Cara Ni Untuk Mendapatkannya

Mempunyai rambut ikal mayang sudah semestinya menjadi impian semua wanita di luar sana. Ada yang gigih menjaga rambut mereka sejak kecil dengan menggunakan pelbagai jenis produk dan mengamalkan petua-petua tradisional supaya kelihatan lembut dan sihat. Ada juga yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk merawat rambut mereka supaya berjaya mendapat rambut ikal mayang seakan Rapunzel.

Tetapi, sekarang korang semua dah tak perlu risau tau sebenarnya. Terdapat pelbagai jenis alternatif natural dan produk penjagaan rambut yang berpatutan untuk korang cuba supaya korang boleh dapat dengan jayanya rambut ikal mayang. Jangan terkejut pulak! Sebelum korang dapat tahu apa caranya untuk korang memperolehi rambut ikal mayang, korang kena tahu dulu apa punca yang menyebabkan rambut gugur.

Punca Rambut Gugur

1) Peningkatan umur

Apabila usia makin meningkat, kebanyakan orang akan menyedari mereka sebebarnya mengalami masalah keguguran rambut. Hal ini kerana, pertumbuhan rambut menjadi lebih perlahan daripada selalu. Akan ada satu masa nanti, folikel rambut berhenti tumbuh rambut. Ini akan menyebabkan rambut di kulit kepala korang menjadi nipis. Selain itu, rambut juga mula kehilangan warna.

2) Alopecia areata

Alopecia areata dikenali sebagai penyakit yang berlaku apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut dan akan menyebabkan keguguran rambut. Korang boleh kehilangan rambut di mana-mana bahagian badan sahaja tau dan ianya termasuk kulit kepala korang, di dalam hidung korang, dan juga di telinga korang. Bagi sesetengah orang, diorang boleh juga kehilangan bulu mata atau kening.

3) Infeksi pada kulit kepala

Infeksi pada kulit kepala boleh menyebabkan kawasan tersebut menjadi bersisik dan kadangkala boleh menyebabkan keradangan pada kulit kepala korang. Selain itu, korang mungkin dapat melihat apa yang kelihatan seperti titik hitam kecil pada kulit kepala korang. Ini sebenarnya dikenali sebagai rintisan rambut. Bagi sesetengah orang, mereka ada yang mengalami bald spot.

Cara Mendapat Rambut Ikal Mayang

1) Minum air kosong secara konsisten

Amatlah penting untuk korang semua minum sebanyak 8 gelas air kosong setiap hari. Selain daripada untuk mengelakkan dehidrasi, minum air kosong juga membantu untuk mengaktifkan semula sel-sel dalam rambut korang tu. Apabila sel-sel rambut tu aktif, ia dapat mempercepatkan lagi proses untuk rambut korang tumbuh. Lama-kelamaan, korang akan berjaya dapat rambut ikal mayang.

2) Memakai Hair Tonic daripada Faith Fleur

Hair Tonic daripada Faith Fleur merupakan sejenis produk penjagaan rambut yang korang perlu dapatkan untuk korang berjaya memilik rambut ikal mayang persis Rapunzel. Sebabnya, Hair Tonic ni membantu menjaga rambut korang daripada akar rambut lagi. Nak gunanya pon senang, hanya sembur dekat kulit kepala dan massage je dengan lembut. Bila korang pakai ni jugak, korang akan rasa lebih segar dan juga sejuk di kulit kepala korang tu tau. Kebaikan menggunakan produk penjagaan rambut ni adalah akar rambut korang akan lebih kuat dan akan dapt menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. So, siapa-siapa yang ada bald spot kat kepala tu, boleh la start guna Hair Tonic daripada Faith Fleur ni.

3) Menggunakan bawang

Mesti korang rasa sangsi kan betul ke bawang dapat bantu dalam masalah keguguran rambut ni. Sebenarnya, memang boleh pon korang. Kandungan sulfur dalam bawang ni dapat menguatkan akar rambut korang juga. Tapi, cara nak gunanya bukan dengan memakan bawang tersebut tetapi korang boleh membuat jus bawang dan gunakannya sebagai masker rambut. Cara kedua, korang boleh jadikan sebagai hirisan bawang dan kemudian ramas pada rambut dan kulit kepala.

4) Memakai Hair Serum daripada Faith Fleur

Hair Serum daripada Faith Fleur ini adalah salah satu contoh produk penjagaan rambut yang menjimatkan dan juga berkesan untuk mengawal masalah keguguran rambut. Selain daripada itu, produk ini juga dapat memberikan korang rambut yang lebih lembut, tampak bersinar dan juga lebih sihat daripada biasa. Last but not least, ia juga membuat rambut korang berbau sangat wangi!