Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Kondisi Alopecia! Tonic Dan Serum Faith Fleur Boleh Membantu

Korang tau tak sebenarnya apa tu kondisi alopecia? Untuk korang yang tak tahu, artikel ini memang sangat berguna untuk korang dan juga boleh menambah sedikit sebanyak ilmu korang tentang kondisi tersebut. Untuk lebih memahami, terma spesifiknya ialah alopecia areata dan ianya dikenali sebagai penyakit yang berlaku apabila sistem imun menyerang folikel rambut dan juga menyebabkan keguguran rambut. Folikel rambut adalah struktur yang berada dalam kulit dan tugasnya untuk membentuk rambut. Walaupun rambut boleh hilang dari mana-mana bahagian badan, alopecia areata biasanya menjejaskan kepala dan muka.

Dalam kebanyakan kes bagi sesiapa yang mengalami kondisi ini, rambut akan gugur dalam bentuk tompok kecil dan mungkin terdapat hanya beberapa tompok. Akan tetapi, alopecia areata boleh menjejaskan kawasan kulit kepala yang lebih luas. Sekiranya terdapat kehilangan rambut sepenuhnya pada kulit kepala, doktor selalunya mendiagnosis kondisi tersebut sebagai alopecia totalis. Sekiranya terdapat keguguran rambut di seluruh badan, keadaan itu dipanggil alopecia universalis. Alopecia boleh menjejaskan siapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina atau bangsa, walaupun kebanyakan kes berlaku sebelum umur 30 tahun.

Jika dibiarkan, kondisi sebegini boleh menyebabkan kehilangan rambut yang sungguh banyak bagi ramai orang. Terdapat beberapa cara yang mudah untuk korang boleh cuba untuk menyelamatkan kondisi yang korang sedang alami sekarang ni. Pilihan yang boleh korang lakukan adalah sama ada untuk melalui sesi perubatan atau pon korang boleh menggunakan produk penjagaan rambut yang selamat untuk korang tau.

Cara Untuk Merawat Kondisi Alopecia

1) Biopsi kulit kepala

Untuk cara ini, doktor korang akan mengikis sampel dari kulit atau dari beberapa rambut yang dicabut dari kulit kepala. Ini dilakukan untuk memeriksa akar rambut korang di bawah mikroskop. Oleh itu, doktor boleh membantu korang untuk menentukan sama ada sebarang jangkitan terhadap korang yang kemudiannya menyebabkan keguguran rambut tersebut.

2) Mikroskopi cahaya

Secara generalnya, cara ini membolehkan doktor korang untuk menggunakan instrumen khas bagi memeriksa rambut yang dipotong di pangkalnya. Mikroskopi cahaya ini juga membantu korang mendedahkan kemungkinan gangguan yang berlaku pada batang rambut korang.

3) Menggunakan Hair Tonic

Untuk merawat akar rambut korang supaya menjadi lebih kuat, menggunakan Hair Tonic daripada Faith Fleur merupakan satu keputusan yang sangat tepat. Bila akar rambut korang tu dah kuat, barulah rambut yang sihat akan dapat tumbuh. Sedikit info penting, hair tonic ni bertindak sebagai pelembap folikel rambut untuk memudahkan rambut mengekalkan minyak semulajadinya. Jika minyak pada rambut dikekalkan, rambut akan menjadi lebih kuat dan juga tidak mudah gugur. Sebagai konklusi, tak mustahil masalah berkaitan rambut dan kulit kepala korang boleh dirawat bila korang menggunakan Hair Tonic dari Faith Fleur.

4) Menggunakan Hair Serum

Hair Serum ni ialah salah satu produk yang dapat membantu masalah rambut korang. Antara bahan yang terdapat di dalam Hair Serum dari Faith Fleur ni ada Cyclopentasiloxane yang memberi kelembutan dan kilauan kepada rambut. Ini akan menambahkan keyakinan si penguna untuk lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi berhadapan masyarakat. Cyclomethicone pula memberi kelembutan dan menjadikan rambut lembut luar biasa apabila basah. Selain itu, Minyak Zaitun juga mempunyai kandungan protein yang tinggi dapat membantu melembutkan rambut serta juga membunuh kutu dan uban serta membantu pertumbuhan rambut.