Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Tak Semua Shampoo Kanak-Kanak Boleh Guna Tau, Sebabnya Adalah…

Kanak-kanak merupakan sebuah anugerah yang paling terindah bagi setiap ibu-bapa. Oleh sebab itu, sudah semestinya mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk menjaga fizikal, emosi dan juga intelektual kanak-kanak tersebut. Hal ini termasuklah apabila ibu-bapa tersebut ingin memandikan mereka. Sesetengah ibu-bapa seperti mereka yang baru je memulakan langkah untuk menjadi ibu-bapa buat kali pertama.

Untuk yang masih lagi tak tahu, sebenarnya bukan semua jenis shampoo kanak-kanak boleh pakai tau. Ada jenis tu, akan lebih memudaratkan lagi kanak-kanak tersebut tau. Boleh buat rambut mereka gugur, atau lebih teruk diorang punya kulit kepala akan menjadi kering. Itu la yang paling kita tak nak kan sebagai ibu-bapa ni. Mau sedih rasanya nanti kalau tengok keadaan kanak-kanak jadi macam tu. Serabut pulak lagi.

Kesan Guna Shampoo Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak boleh mengalami keradangan kulit apabila memakai produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia seperti paraben tau. Bahan kimia tersebut kebiasannya akan mengganggu sistem endokrin kanak-kanak, dan sistem endokirn ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan hormon badan manusia. Sebab tu lah bahaya kalau paraben ni kena pada kulit sejak kecil lagi.
  • Shampoo yang tertentu mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai SLS (Sodium Lauryl Sulfate) dan juga SLES (Sodium Lauryl Ether Sulfate) dan ianya sangat membahayakan buat kanak-kanak. SLS dan SLES ni fungsinya untuk memberikan sifat berbuih yang baik buat shampoo tersebut. Yang sedihnya, bahan kimia ini mampu memberikan kesan pada mata kanak-kanak tau. Kesan jangka pendeknya, mata mereka akan menjadi pedih kalau terkena. Untuk kesan jangka panjangnya pulak, kanak-kanak mungkin mengalami katarak mata. Teruk sangat kalau dah sampai jadi macam tu.

Cara Menjaga Kanak-Kanak Semasa Mereka Mandi

  • Kanak-kanak ni memang dah berbau wangi dah sebenarnya. Jadi, jangan selalu mandikan mereka lebih pada sekali sehari. Apabila kerap sangat kanak-kanak tersebut dimandikan, kulit mereka boleh jadi sangat kering dan ini akan membuat mereka rasa sangat sakit. Bila dah sakit sebab kulit kering tu, dah tentulah kanak-kanak tersebut nanti akan menangis tanpa henti menahan kesakitan. Dah satu hal pula.
  • Memakai shampoo rabut yang bebas kimia dan juga selamat untuk penggunaan kanak-kanak. Sebagai contoh, korang boleh guna Baby Shampoo dari Faith Fleur. Shampoo ni dirumus dengan campuran ekstrak botani, minyak berkhasiat dan vitamin E. Yang paling penting, ia menggunakan formula berasaskan tumbuhan. Bebas Sulfat kerana tidak diuji pada haiwan, tiada produk sampingan haiwan, dirumus tanpa Paraben, Phthalates, Sulfates (SLS, SLES, SCS), Formaldehid, Pewarna dan juga Silikon.

kanak-kanak

  • Jika sedang memandikan kanak-kanak, elakkan menyental kepala mereka dengan kuat walaupun ketika korang sedang cuba untuk memebersihkan kepala mereka daripada segala kekotoran. Ini sangatlah penting untuk setiap ibu-bapa ingat kerana kepala mereka masih lagi lembut dan lemah. Jika tekanan yang kuat diberikan, kepala mereka kemungkinan boleh cedera dan ini akan memudaratkan mereka.

Oleh itu, setiap ibu-bapa di luar sana perlulah membuat pilihan yang bijak dalam apa sahaja yang ingin dilakukan kepada anak-anak. Walaupun hal untuk produk penjagaan rambut ni nampak remeh, tetapi ibu-bapa perlulah ada sedikit sebanyak ilmu tentang hal tersebut agar tidak membahayakan atau mencederekan kanak-kanak.