Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Apa Function Hair Serum Sebenarnya?

Setiap orang mesti ada rutin penjagaan rambut masing-masing yang tersendiri kan. Tapi, korang ada tak amalkan penggunaan hair serum untuk rambut korang. Selalunya ramai orang hanya pakai shampoo dan juga conditioner je. Korang jarang sekali selitkan sekali penggunaan hair serum ni bila korang tengah buat rutin penjagaan rambut korang tu. Haaa, rugi tau sebenarnya sebab hair serum ni bagi banyak kebaikan!

Hair serum bagusnya dipakai apabila rambut korang tu dah dibersihkan daripada segala kekotoran dan juga minyak lebihan. Sebab tu lah ianya ideal untuk korang juga guna hair serum ni bila korang dah selesai dengan penggunaan shampoo dan conditioner. Mungkin tak ramai amalkan lagi hair serum ni sebab korang sendiri pon tak tau kan apa function dia dan kebaikan yang hair serum ni berikan kat rambut korang.

Mengenali Hair Serum

Untuk yang masih tidak tahu, hair serum ini ialah produk penggayaan rambut yang diletakkan di permukaan rambut untuk memberikan pelbagai manfaat kepada rambut korang. Kebiasaannya, terdapat hair serum yang berbeza mengikut kesesuaian jenis rambut yang berbeza. Ada yang sesuai untuk rambut yang kasar sehinggalah ke jenis rambut yang halus. Bergantung pada formula produk, hair serum dapat bantu untuk mengurangkan kerinting rambut, menambahkan kilauan atau meluruskan rambut. Sesetengah formula boleh melindungi daripada pelbagai bentuk kerosakan. Salah satu contoh, Hair Serum by Faith Fleur.

  • Kelebihan Hair Serum by Faith Fleur:
    • Mengurangkan masalah rambut gugur.
    • Menghapuskan kelemumur.
    • Melebatkan dan melembutkan rambut.
    • Membaiki rambut rosak dan kering.
    • Wangian kepada rambut.

hair serum

Benefit Untuk Rambut Bila Menggunakan Hair Serum

1) Mengawal kerinting

Jika rambut korang lemah dan rosak, rambut tersebut mungkin kelihatan kering. Silikon dalam hair serum tersebut boleh membantu mengawal masalah tersebut. Secara ringkas, ia menambah berat pada helaian rambut yang lemah, dan memberikan rambut tersebut lebih banyak khasiat dan vitamin. Keupayaan silikon untuk menyalut rambut korang juga membantu mengunci kerinting semula jadi korang. Sesetengah serum rambut mengandungi protein terhidrolisis, yang boleh membantu mengatasi cas statik yang menyebabkan kerinting.

2) Melembutkan rambut

Kesan antifrizz hair serum membantu untuk melembutkan dan juga melicinkan rambut korang. Ini disebabkan oleh tindakan salutan silikon, yang memberikan rupa rambut yang licin dan digilap.

3) Mengurangkan kusut

Apabila rambut korang dah licin, barulah korang dapat kurangkan kusut atau punca yang menjadikan rambut korang tu bersimpul tau. Selain itu, hair serum boleh menjadikan rambut korang lebih mudah untuk disikat, digayakan dan juga diurus. Baru la rasa selesa kan kalau dapat mengekalkan rambut yang sihat dan cantik macma tu.

4) Menggalakkan sinar pada rambut

Apabila rambut korang tu dah jadi licin, barulah ia cenderung untuk kelihatan lebih berkilat dan bersinar. Tambahan lagi, beberapa jenis silikon yang digunakan dalam hair serum tu boleh membantu rambut korang untuk memantulkan cahaya, yang meningkatkan penampilan bersinar secara keseluruhan.

5) Melindungi daripada kerosakan

Oleh kerana hair serum ni bertindak dengan melapisi rambut korang di lapisan yang luar, hair serum ni boleh membantu melindungi setiap helaian rambut korang daripada pelbagai jenis kerosakan.