Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Uban Bukan Ada Waktu Tua Je Tau, Muda-Muda Pon Dah Boleh Tumbuh

Pertumbuhan uban sebenarnya merupakan sesuatu yang amat tidak asing lagi bagi masyarakat zaman sekarang. Kalau dulu-dulu, kita selalu anggap yang hanya mereka yang berumur sahaja akan tumbuh uban kan. Now, no more. Mereka yang masih muda seperti student-student, mereka yang baru mula berkerja pon dah ada yang tumbuh uban. Banyak faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku. Ada faktor dalaman dan luaran.

Antara faktor-faktor yang acap kali disebut sebagai penyumbang kepada pertumbuhan uban adalah seperti stress, pemakanan yang tidak sihat, dan penggunaan pebagai produk penjagaan rambut yang tidak sesuai.

Faktor-Faktor Penumbuhan Uban

1) Kekurangan Vitamin B-12

Uban pada usia awal juga boleh menunjukkan kekurangan vitamin B-12. Vitamin ini memainkan peranan penting dalam badan korang. Ia akan memberi korang tenaga, serta menyumbang kepada pertumbuhan rambut dan juga warna rambut yang sihat. Kekurangan vitamin B-12 dikaitkan dengan keadaan yang dipanggil anemia pernicious, iaitu apabila badan tidak dapat menyerap cukup vitamin ini. Badan korang sebenarnya memerlukan vitamin B-12 untuk sel darah merah yang sihat, yang membawa oksigen ke sel dalam badan korang, termasuk sel rambut.

2) Merokok

Telah diketahui umum bahawa menghisap rokok meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kesan jangka panjang, bagaimanapun, boleh melangkaui jantung dan paru-paru kerana ia boleh menjejaskan rambut. Merokok menyempitkan saluran darah, yang boleh mengurangkan aliran darah ke folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut. Selain itu, toksin dalam rokok boleh merosakkan bahagian badan korang termasuk folikel rambut, menyebabkan uban tumbuh awal.

3) Stress

Stress juga boleh menjejaskan rambut korang. Jadi, jika korang perasan peningkatan bilangan uban kat rambut korang, stress mungkin menjadi punca. Teori ini juga mungkin menjelaskan mengapa sesetengah pemimpin dunia kelihatan tua atau beruban lebih cepat semasa memegang jawatan.

Cara Nak Rawat Penumbuhan Uban

1) Urut Kepala Secara Konsisten

Urutan kepala boleh membantu merangsang aliran darah ke kulit kepala, yang memastikan rambut tumbuh dengan sihat. Jika boleh, urut minyak semula jadi seperti badam atau minyak kelapa ke dalam kulit kepala, kerana ini membantu melembapkan akar rambut secara mendalam.

2) Guna Hair Serum Faith Fleur

Hair Serum Faith Fleur membantu untuk membuat rambut korang lebih lembut, penampilannya lebih bersinar, diberikan nutrisi dan juga vitamin yang diperlukan oleh rambut korang. Oleh itu, pertumbuhan uban akan dapat dilambatkan kerana rambut korang yang sihat.