Korang pernah tak alami kejadian macam ni? Walaupun lepas baru je mandi, korang selalu rasa rambut berminyak. Padahal korang dah basuh rambut korang bersih-bersih semasa mandi. Kadang-kadang tu jadi sampai tertanya-tanya apa sebab rambut korang jadi macam tu. Sebenarnya ada banyak faktor berbeza yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku. Jangan risau, ada juga jalan penyelesaian untuk masalah tu.
Walaupun adalah perkara biasa untuk rambut korang berminyak selepas beberapa hari, mempunyai rambut berminyak sejurus je selepas korang keluar dari bilik mandi dan mengeringkan rambut korang adalah perkara yang perlu korang selesaikan secepat mungkin. Kalau tak, makin teruk la menjadinya rambut dan kulit kepala korang tu. Dalam korang tak tahu, rutin penjagaan rambut korang pon boleh menjadi punca.
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya semua jenis rambut bagi semua orang menghasilkan sedikit minyak secara semula jadi untuk memastikan ia dipelihara dan juga sihat, serta untuk melindungi kulit kepala. Tetapi pengeluaran minyak yang terlalu banyak boleh menyebabkan kondisi yang dinamakan dermatitis seborrheic, dan ia adalah keadaan yang menyebabkan tompok merah dan bersisik boleh terbentuk pada kulit kepala tau, bersama-sama dengan kelemumur yang sukar dihilangkan. Mempunyai rambut yang sangat berminyak juga boleh menyebabkan seseorang berasa kurang keyakinan diri dan juga cepat jadi malu.
Punca Kepada Rambut Berminyak
1) Tidak membasuh sisa produk penjagaan rambut dengan bersih.
Korang perlu memastikan yang korang membilas semua sisa-sisa shampoo dan juga conditioner dari rambut korang. Mungkin nampak remeh, tapi langkah mudah ini sebenarnya boleh memberikan perubahan yang besar buat rambut dan kulit kepala korang. Hal ini kerana, jika korang tidak membilas semua sisa-sisa tersebut sepenuhnya, bahan-bahan tersebut boleh terperangkap pada kulit kepala korang dan minyak tambahan akan mula bertambah. Untuk memastikan korang membilas semuanya dengan betul, pilih air suam apabila korang mandi.
2) Membasuh rambut dengan terlampau kerap.
Mungkin sudah tiba masanya untuk korang cuba untuk memiliki jadual membasuh rambut sendiri berbanding hanya membasuh rambut korang tu setiap hari. Walaupun tiada jawapan yang betul atau salah mengenai kekerapan korang perlu mencuci rambut, korang digalakkan untuk tidak membasuh rambut korang dengan terlampau kerak jika korang mempunyai kulit kepala yang berminyak. Ini supaya rutin tersebut dapat membantu menggalakkan pengeluaran minyak semula jadi kulit kepala korang untuk menjadi normal.
3) Penggunaan haba yang berlebihan.
Mengenakan haba ke rambut dan kulit kepala korang secara berlebihan juga membuat rambut korang berminyak lebih daripada biasa. Contohnya seperti membasuh rambut dengan menggunakan air yang terlalu panas, menggayakan rambut menggunakan hair dryer dengan kerap, dan juga lain-lain. Keadaan tersebut menyebabkan kulit kepala menghasilkan sebum dengan lebih banyak dan kemudiannya membuatkan rambut korang lebih berminyak.
Cara Mengawal Minyak Berlebihan Di Rambut
1) Kurangkan kekerapan membasuh rambut.
Mencuci rambut dengan terlalu kerap boleh menghilangkan minyak semulajadi rambut korang tau, dan ia menyebabkan rambut menghasilkan lebih banyak minyak. Jika korang mendapati yang rambut korang tu menjadi berminyak dengan cepat selepas mencuci dan mempunyai kulit kepala yang gatal, korang mungkin ingin cuba mencuci rambut korang dengan lebih jarang. Melakukannya boleh membantu mengimbangi pengeluaran minyak dan juga secara tidak langsung mengurangkan minyak pada rambut.
2) Menggunakan Everyday Shampoo Dan Everyday Conditioner.
Untuk korang yang belum pernah memakainya lagi, Everyday Shampoo ini dilengkapi dengan protein beras untuk menambahkan kilauan secara semulajadi. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan fleksibiliti dan boleh menyokong helaian rambut korang. Seterusnya, Everyday Conditioner pula kaya dengan Safflower untuk mengunci kelembapan dan juga menghidrat semula setiap helai rambut. Yang paling penting sekali, kedua-dua Everyday Shampoo dan Everyday Conditioner ni sesuai digunakan oleh semua jenis keadaan rambut tau korang.
3) Boleh cuba menggunakan shampoo kering.
Sesetengah orang mungkin tidak mahu mencuci rambut mereka setiap hari. Dalam kes ini, syampu kering boleh membantu, kerana kesannya berlaku serta-merta. Syampu kering berfungsi dengan menyerap lebihan minyak dari rambut korang. Tepung jagung atau bedak juga boleh memberi kesan yang sama, bagi mereka yang mencari alternatif buatan sendiri.