Kalau korang rasa gatal kat kepala, dah tentulah korang akan selalu garu kepala kan. Masalahnya, kalau sekali sekala takpe. Tapi, kalau dah tak henti-henti garu kepala tu. Maksudnya, ada lah masalah dekat kulit kepala atau rambut yang perlu korang perbaiki. Kalau korang tak ambil tindakan awal untuk masalah kepala korang yang gatal, masalah tersebut akan menjadi lagi teruk dan memburukkan kepala korang sendiri.
Untuk yang mungkin tidak tahu lagi, sebenarnya terdapat pelbagai faktor berbeza boleh menyebabkan kepala korang gatal teruk. Salah satu cara paling terbaik untuk menyelesaikan masalah gatal kepala dan buat korang berhenti menggaru kepala korang sepanjang masa adalah dengan mengenali dulu punca kegatalan tersebut. Lepas tu, barulah korang dapat kenal pasti cara apa yang korang boleh buat untuk merawatnya.
Kalau ada antara yang terpaksa menghadapi kulit kepala gatal memang dah tahu yang kadang-kadang, ia boleh muncul entah dari mana, pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pengalaman itu pon tidak pernah menyeronokkan, dan boleh menyebabkan sedikit panik jika baru dan muncul secara tiba-tiba. Tapi, ada banyak sebab mengapa tiba-tiba korang selalu garu kepala korang, kebanyakannya adalah perkara biasa.
Punca-Punca Gatal Yang Buat Korang Garu Kepala
1) Wujudnya kutu kepala
Ramai orang ingat yang kutu kat kepala ni hanya boleh kena pada budak-budak sekolah je. Anggapan tu salah ya, sebabnya kutu tersebut boleh menyerang kulit kepala sesiapa sahaja. Korang mungkin terkejut bila tahu yang kutu sebenarnya lebih suka rambut bersih, jadi mempunyai kes kutu kepala tidak bermakna korang mempunyai kebersihan yang tidak baik. Jika korang lihat dengan teliti, mesti korang boleh nampak telur-telur kecil yang melekat pada setiap helaian rambut. Ia kelihatan seperti kelemumur, tetapi ia tidak mudah jatuh sebab melekat pada helaian rambut. Korang juga dapat nampak kutu dewasa bergerak di sekeliling kepala.
2) Psoriasis
Ini adalah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan tompok-tompok boleh timbul, kemerahan, bersisik pada kulit atau kulit kepala. Korang tidak boleh mendapat psoriasis daripada orang lain. Pakar tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa sebenarnya yang menyebabkan gangguan kulit ini, tetapi korang lebih cenderung untuk mengembangkannya jika seseorang dalam keluarga korang mengalaminya.
3) Tindakan balas alahan
Pewarna rambut, ekzema dan juga dermatitis atopik adalah contoh-contoh penyebab lain yang boleh menyebabkan kulit kepala korang gatal.
4) Pembentukan kelemumur di kulit kepala
Ini adalah sebab yang paling biasa sekali untuk korang dapat kulit kepala yang gatal. Tindak balas kepada keradangan badan korang terhadap pertumbuhan yis yang berlebihan menyebabkan kegatalan dan juga kulit kepala korang menjadi mengelupas. Sedikit info penting, yis biasanya hidup di kulit kepala dan juga bahagian lain badan yang berbulu, tetapi masalah timbul apabila terdapat terlalu banyak yis. Selain daripada pertumbuhan yis, punca lain adanya kelemumur adalah kulit kepala berminyak, dan pengumpulan kulit mati atau produk penggayaan.
5) Penyakit autoimun
Diagnosis yang salah untuk lupus atau keadaan autoimun lain yang berkait di sekitar rambut mungkin menunjukkan diri mereka sebagai kulit kepala yang gatal, menyamarkan isu yang lebih mendalam. Lupus diskoid, khususnya, boleh ditemui pada kulit kepala dan juga boleh kelihatan dan terasa seperti tompok bersisik, tebal dan terangkat.
Cara Merawat Masalah Gatal Kepala
1) Jangan garu kulit kepala dengan kerap
Walaupun menggaru kepala dapat memberikan kelegaan terhadap kegatalan yang berlaku di kulit kepala tersebut, ia hanyalah sementara je korang. Sebenarnya, ia akan lebih menerukkan keadaan kulit kepala dan rambut korang tau. Apabila korang garu kepala, kawasan kulit kepala tersebut akan cedera dan lebih banyak sel kulit mati akan terhasil. Bila dah banyak sangat sel kulit mati terhasil, kelemumur pon akan terhasil dengan lebih banyak. Akhirnya, lagi lah gatal kulit kepala tersebut. Sebab tu, korang jangan garu kulit kepala korang secara kerap ya.
2) Guna Shampoo Leaf Anti-Dandruff dan Conditioner Leaf Anti-Dandruff
Produk Leaf Anti-Dandruff daripada Faith Fleur ni memang sangat-sangat membantu untuk menyelesaikan masalah kelemumur di kulit kepala korang. Secara tidak langsung, kegatalan di kepala korang pon akan berkurangan apabila kelemumur berkurangan. Shampoo Leaf Anti-Dandruff dapat menghilangkan tompok kegatalan, membantu mengatasi masalah kelemumur, menyegarkan kulit kepala, dan mengurangkan iritasi pada kulit kepala. Untuk Conditioner Leaf Anti-Dandruff pula, ia membantu untuk mengembalikan minyak semulajadi rambut, berikan kelembutan berpanjangan, menjaga kelembapan rambut, dan juga mencegah rambut daripada cepat rosak tau.