Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Spend Duit Beratus-Ratus Untuk Color Rambut Tapi Kering Tak Terjaga, Apa Nak Buat Ni?

Pada zaman moden masa kini, ramai yang membuat keputusan untuk color rambut masing-masing. Keputusan tersebut dibuat atas pelbagai jenis alasan yang berbeza. Ramai yang memang dah tahu pon, kalau korang mewarnakan rambut, perbelanjaan yang diperlukan memang agak tinggi. Lagi-lagi kalau korang memilih warna yang lain daripada lain jadi color rambut korang. Ramai tak kisah asalkan nampak cantik.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa rutin penjagaan rambut apabila korang color rambut korang ni jadi lain juga. Korang tak boleh sewenang-wenangnya nak menggunakan sebarang shampoo atau pon sebarang conditioner kerana ianya akan merosakkan warna rambut korang. Sebagai contoh, warna rambut tersebut boleh luntur dan juga rambut korang jadi kering macam tak terjaga. Sedih betul kan jadi camtu.

Sebenarnya, ianya adalah sangat penting untuk korang semua mengetahui cara untuk mengekalkan dan melindungi rambut lepas korang color rambut. Sebab, salun mahal dan korang mungkin membelanjakan wang yang banyak untuk mendapat color rambut idaman korang. Dengan sedikit penjagaan dan perhatian tambahan, rambut berwarna korang kekal sihat dan kelihatan bermaya lebih lama. Jom ketahui caranya.

Cara Penjagaan Color Rambut

1) Beri sedikit masa sebelum menggunakan shampoo selepas color rambut

Sebaik sahaja korang mewarnakan rambut, tunggu sekurang-kurangnya 72 jam sebelum mencuci rambut korang . Ammonia yang terdapat dalam pewarna membuka kutikula rambut supaya warna dapat menembusi batang rambut. Ia mengambil masa sehingga tiga hari untuk lapisan kutikula ditutup sepenuhnya. Jika korang syampu sejurus selepas color rambut, terdapat kemungkinan warna rambut akan pudar dan kelihatan kusam serta-merta. Jika korang ingin mengekalkan color rambut baharu korang kelihatan sihat, sebaiknya tunggu beberapa jam sebelum mencuci.

2) Elak basuh rambut setiap hari

Cara paling berkesan untuk melindungi color rambut korang adalah dengan mengelak daripada mencucinya setiap hari. Syampu harian menghilangkan warna dari rambut korang, menjadikannya kelihatan kering dan kusam. Hadkan mencuci rambut korang kepada maksimum dua hingga tiga hari sahaja seminggu. Jika korang mendapati sukar untuk menghentikan tabiat mencuci rambut korang, pakai je conditioner terus.

3) Pakai True Color Shampoo dan True Color Conditioner daripada Faith Fleur

True Color Shampoo boleh menjadikan rambut korang lebih licin kerana ia mempunyai Minyak Camellia. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan Vitamin E. Seterusnya, Faith Fleur punya True Color Conditioner mengandungi Minyak Cranberry yang terkenal sebagai agen anti-kelemumur dan juga, berperanan untuk melindungi folikel rambut. Yang palin penting korang kena ingat, True Color Shampoo dan juga True Color Conditioner ni memang akan memastikan color rambut korang terjaga dan tidak luntur. Penampilan rambut korang juga tidak akan kering tau.

4) Lindungi rambut jika pergi berenang

Air kolam renang mempunyai klorin di dalamnya untuk memastikan ia bebas daripada bakteria. Adalah penting untuk melindungi rambut korang sebelum menyelam ke dalam kolam dengan menggunakan perapi pra-renang, meminyaki rambut korang atau korang boleh memakai topi renang. Apabila korang dah selesai berenang, pastikan korang ambil masa untuk membilas rambut korang sepenuhnya dengan air bersih.

5) Lindungi rambut daripada haba

Rambut berwarna lebih mudah rosak jika ianya terdedah kepada haba. Jika korang ingin warna rambut korang kelihatan segar dan sihat, langkah yang paling penting adalah untuk mengurangkan pendedahan haba pada rambut. Contohnya, apabila menggunakan hair dryer, pelurus dan juga pengeriting rambut. Jika korang benar-benar perlu menggunakan alat penggayaan rambut, jangan gunakannya secara kerap.