Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Lebat Dan Cantik Semestinya Menjadi Idaman Ramai, Cuba Korang Amalkan Cara Ni Untuk Dapatkannya

Sebenarnya, mesti ramai individu di atas muka bumi ni yang menginginkan rambut lebat dan cantik kan. Haa, ada banyak je cara untuk korang dapatkan rambut impian sebegitu tau. Ada orang yang dah menjaga rambut diorang sejak kecil dengan mengamalkan cara tradisional untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik seakan Rapunzel. Ada juga yang menggunakan produk penjagaan rambut untuk menjaganya.

Walau bagaimana cara sekali pon yang korang lakukan, perkara yang paling utama adalah untuk korang sentiasa konsisten dalam mengamalkannya. Hal ini kerana, korang tak boleh mendapatkan rambut lebat dan cantik dalam masa hanya sehari. Korang perlu beri masa sebelum korang dapat capai impian yang korang dah idamkan. Kalau nak tahu apa cara yang korang boleh amalkan untuk membantu rambut korang menjadi lebih lebat dan cantik, korang boleh baca artikel ini sampai habis dan sesuaikan cara mana yang korang boleh pakai untuk rutin penjagaan rambut korang. Baru boleh dapatkan rambut lebat dan cantik.

Walaupun tidak ada cara spesifik untuk mengubah tekstur folikel rambut korang, terdapat banyak je cara untuk menjadikan rambut korang kelihatan lebih tebal dan juga mengurangkan kerosakan dan keguguran rambut. Sebagai contoh, dengan mengambil diet berkhasiat dan juga mengamalkan urutan kulit kepala. Untuk cara yang lebih banyak lagi untuk korang amalkan buat rambut korang, rujuk pada senarai di bawah.

Cara Mendapat Rambut Lebat Dan Cantik

1) Kekalkan kelembapan rambut korang.

Kulit kepala korang adalah sebahagian daripada kulit korang juga. Oleh itu, ia juga terdedah kepada masalah yang berkaitrapat dengan kulit. Korang perlu minum mana-mana dari 4 hingga 8 gelas air sehari dan ia boleh membantu mengekalkan kulit kepala korang kekal terhidrat. Seterusnya, kulit kepala korang tidak terdedah kepada masalah seperti kegatalan, kelemumur atau kepingan kering. Selain itu, keguguran rambut juga boleh dielak. Jika tidak ditangani dengan lebih awal, kerosakan seperti ini boleh menyebabkan rambut yang nipis kemudian menyumbang kepada keguguran rambut.

2) Jangan lupa Vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C boleh bertindak seperti ager yang sihat untuk kulit kepala. Antioksidan bukan sahaja boleh melindungi folikel rambut daripada kerosakan radikal bebas, malah ia boleh menggalakkan rambut lebih tebal. Vitamin C memainkan peranan yang sangat besar dalam pengeluaran kolagen dan itu membantu menguatkan rambut. Citrus bukanlah satu-satunya sumber vitamin C yang sangat tinggi. Korang juga boleh memilih pucuk Brussels, brokoli, lada merah, kangkung, strawberi dan juga kiwi.

3) Memakai Hair Tonic daripada Faith Fleur

rambut lebat dan cantik

  • Melembapkan Folikel Rambut

    Salah satu manfaat menarik yang ada pada hair tonic ialah kemampuannya untuk melembapkan rambut. Kebanyakkan hair tonic diperbuat daripada minyak semulajadi untuk membantu melembapkan dan melicinkan rambut. Minyak semulajadi berfungsi sebagai pelindung kepada folikel rambut untuk memberikan rambut kesan tebal pada rambut. Dan hair tonic juga boleh digunakan setiap hari.

  • Mengurangkan Rambut Bercabang

    Hair tonic bertindak sebagai pelembap folikel rambut untuk memudahkan rambut mengekalkan minyak semulajadinya. Jika minyak pada rambut dikekalkan, rambut akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur. Dan masalah rambut bercabang juga boleh diselesaikan kerana rambut tidak akan mudah pecah. Hair tonic yang baik mampu mengelakkan banyak masalah rambut tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

  • Melindungi Kulit Kepala

    Antara fungsi terbaik hair tonic adalah ianya mampu melindungi kulit kepala anda. Jika anda mengalami beberapa masalah berkaitan kulit kepala seperti kering dan gatal, gunakan hair tonic untuk merawat masalah tersebut dengan mudah. Hanya beberapa titis hair tonic sehari dan sapukan ke kulit kepala. Urut perlahan sehingga rata.

  • Mengurangkan Kelemumur

    Seperti yang dikatakan di atas tadi, hair tonic berfungsi sebagai pelindung kepada folikel rambut anda. Jadi, tidak mustahil masalah berkaitan rambut dan kulit kepala anda boleh dirawat. Termasuklah masalah kelemumur.

  • Memberikan Gaya Pada Rambut

    Anda juga boleh menggunakan hair tonic untuk menggayakan rambut anda. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan rambut tampak tebal dan berkualiti yang tidak mengeringkan rambut anda. Caranya mudah sahaja. Pertama basuh dan keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut. Pengering rambut akan membuka lubang pori kulit kepala anda. Kemudian, lumurkan hair tonic dan biarkan seketika untuk biarkan meresap kedalam rambut. Urut lembut kulit kepala anda. Kemudian, gayakan rambut mengikut citarasa anda. Tetapi ingat, jika terlalu banyak hair tonic, rambut anda akan kelihatan berminyak.

4) Dapatkan urutan kulit kepala

Mengurut kulit kepala korang boleh membantu rambut tumbuh dengan lebih lebat dan kuat. Salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan urutan ialah dengan menggunakan bantuan berus kulit kepala. Basahkan rambut korang, sapukan syampu dan gunakan berus untuk mengurut dan membersihkan kulit kepala korang secara mendalam. Selain itu, korang boleh meninggalkannya di bilik mandi supaya sentiasa berdekatan apabila korang nak cuci rambut.

5) Shampoo rambut dengan menggunakan air suam

Sama seperti menggunakan alat haba pada rambut korang, mencuci dan membilas rambut korang dengan air panas juga boleh menyebabkan kerosakan. Air panas berkemungkinan boleh mengeringkan kulit kepala korang, menghilangkan minyak semula jadinya. Ini sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan, yang seterusnya boleh meninggalkan korang dengan rambut nipis dan tidak bermaya. Untuk mengatasinya, gunakan air suam apabila korang mencuci rambut tau. Dan sebagai bonus, korang mungkin akan mengurangkan keriting juga.