Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Warna? Bukan Boleh Guna Sebarang Haircare Product Tau

Zaman sekarang ni, rambut warna merupakan salah satu perkara yang ramai orang lakukan. Pelbagai jenis warna lah yang telah menjadi pilihan. Ada yang buat warna rose gold , warna soft pink, warna silver dan sebagainya. Tetapi, ada satu perkara yang masih ramai lagi tak tahu lakukan bila telah mewarnakan rambut. Perkara tersebut ialah menggunakan produk penjagaan rambut yang khusus untuk rambut berwarna.

Untuk menjaga rambut warna, terdapat produk penjagaan rambut berbeza yang perlu korang guna. Jadi, korang perlulah membuat sedikit sebanyak bacaan dan penyelidikan sendiri tentang produk yang bagaimana korang perlu amalkan setiap hari bila telah mewarnakan rambut tu. Selain tu, cara penjagaannya juga berbeza tau. Sebagai contoh, jangan tergesa-gesa untuk mencuci rambut korang selepas sahaja diwarnakan. Korang perlu ingat sendiri bahawa peraturan umum untuk rmabut warna ialah tunggu dua hingga tiga hari selepas mewarna sebelum mengatur pengenalan antara rambut korang dan juga syampu.

Oleh kerana itu, korang perlu tahu beberapa perkara penting untuk dibuat kalau korang dah mengambil keputusan untuk mewarnakan rambut. Ini adalah beberapa contoh DO’S and DONT’S untuk rambut warna.

1) Kurangkan Membasuh Rambut

Lebih kerap korang cuci rambut korang yang berwarna tu, lebih cepat warna tersebut akan pudar. Lama-lama ia akan kelihatan tidak cantik langsung. Ia benar-benar semudah itu. Oleh itu, korang perlulah berikan sedikit masa dalam rutin harian penjagaan rambut korang tu dan elak mencuci rambut tersebut dengan kerap. Cara terbaik untuk menjaga warna korang adalah dengan mencuci hanya dua atau tiga kali seminggu.

2) Gunakan Syampu Yang Sesuai

Terdapat banyak sebab mengapa syampu yang mampu melindung warna dicipta. Sesetengah syampu biasa boleh membuang warna di rambut korang dan juga mempercepatkan warna pudar. Formula produk penjagaan rambut seperti True Color Shampoo dan True Color Conditioner dari Faith Fleur sebenarnya berfungsi untuk melindungi warna rambut korang. Cara nak guna produk ni pon sebenarnya sangat mudah.

3) Jangan Lupa Untuk Memakai Hair Mask

Jika anda telah mewarnakan rambut dan menjadi malas tentang memakai Hair Mask, sekarang lah masanya untuk korang rajin-rajinkan diri untuk memakainya. Hanya 5-10 minit penggunaan Hair Mask, dua kali seminggu boleh menambah khasiat yang membantu membaiki kerosakan, meningkatkan kilauan dan secara semula jadi, mengekalkan warna itu untuk lebih lama. Korang boleh cuba Faith Fleur Hair Mask.

4) Jaga Pemakanan

Haa, mesti tak ramai yang ambil kisah pasal ni kan. Penjagaan rambut juga seperti kecantikan. Ia patut bermula dari dalam. Diet yang kaya dengan ikan berminyak seperti salmon dan makarel akan menyuburkan rambut korang dengan asid lemak omega-3, menjadikannya berkilat dan juga kuat. Masukkan sedikit walnut dan dapatkan vitamin E untuk membantu korang memerangi rambut kering dan rapuh selepas warna.

5) Ingat Untuk Pakai Conditioner

Apabila korang mewarnakan rambut korang , ia akan menjadi lebih rapuh dan ini menyebabkan warna mudah keluar dan itu menjadi punca warna rambut pudar. Jadi benarkan minyak, mentega, polimer penyaman dan unsur penghidratan lain yang sering digunakan dalam Conditioner untuk membantu membentuk pelindung dan juga membantu menghalang warna korang menjadi makin lama makin pudar.