Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Beza Ke Produk Penjagaan Rambut Lelaki Dan Perempuan?

Kalau kita lihat susunan produk penjagaan rambut yang berada di pasaran, mesti selalunya pelbagai jenis produk tersebut akan dibahagikan kepada dua kan. Ada satu bahagian khas untuk lelaki, dan juga ada satu bahagian tu khas untuk perempuan. Tetapi, kalau dah dibahagikan macam tu. Adakah bermaksud bahawa produk penjagaan rambut lelaki dan juga perempuan ni berbeza? Haa, nak tau kena baca sampai bawah.

Selalunya, produk penjagaan rambut untuk perempuan ni mesti lagi banyak daripada lelaki. Mana taknya, cara penjagaan rambut untuk perempuan selalunya lebih teliti. Namun begitu, korang tak boleh sama sekali mengeluh dan rasa malas nak jaga sebabnya rambut mahkota diri bagi semua orang di atas muka bumi ni. Kalau ada rambut yang sihat dan cantik, korang juga yang akan jadi lebih yakin dengan diri sendiri.

Perbezaan yang paling ketara antara produk penjagaan rambut untuk lelaki dan juga perempuan selalunya ialah bau produk tersebut. Korang semua pon mestilah tahu yang lelaki dan juga perempuan mempunyai bau dan meminati bau yang berbeza. Selain pada bau, perbezaan produk tersebut adalah dari segi pembungkusan, bentuk botol, dan cara pemasaran. Itu sahaja perbezaan antara produk lelaki dan perempuan.

Formula Produk Penjagaan Rambut Antara Lelaki Dan Perempuan Sama Je Sebenarnya!!!

Fakta menarik buat semua, sebarang produk yang mengatakan ia untuk lelaki tidak semestinya ia dirumus secara saintifik hanya untuk rambut yang keluar dari kulit kepala lelaki. Ia juga tidak bermakna korang tidak boleh menggunakannya jika korang wanita. Jadinya, tak salah pon kalau lelaki nak pakai produk penjagaan rambut perempuan dan juga kalau perempuan nak pakai produk penjagaan rambut lelaki. Asalkan sesuai dan juga mampu untuk menyelesaikan masalah rambut yang korang alami, boleh je nak pakai. Seperti yang disebut di atas tadi, cara pemasaran produk penjagaan rambut lelaki dan perempuan dibuat secara berbeza kerana ingin menyampaikan mesej dan juga menarik minat individu yang berbeza. Sebab itu juga, terdapat dua seksyen berbeza di pasaran antara produk penjagaan rambut lelaki dan perempuan.

Cara Pemasaran Produk Penjagaan Rambut Lelaki:

Lelaki lebih suka produk yang ditampilkan dengan nilai yang lebih kelelakian. Produk penjagaan rambut sebegini biasanya datang dalam ‘pembungkusan yang maskulin’ seperti warna hitam atau kelabu. Taktik pemasaran ini jelas bertujuan untuk menarik lelaki ke produk dengan menawarkan varian yang tidak feminin, lebih kukuh dan kelihatan lebih kuat. Produk lelaki secara amnya lebih utilitarian juga. Mana-mana produk yang membantu mereka mencapai gaya yang mereka inginkan dan melakukannya dengan pantas, biasanya mendapat sambutan hebat.

Cara Pemasaran Produk Penjagaan Rambut Perempuan:

Wanita akan selalu menjadi lebih tertarik kepada bahan-bahan yang holistik, semula jadi dan organik seperti kompleks beri, ekstrak bunga dan sebagainya yang lebih feminin. Apabila memilih produk penjagaan rambut perempuan dari rak pasar raya, anda akan perasan bahawa ia sama ada mempunyai reka bentuk berbunga, bau manis dan berbunga, atau ia menyebut bahan botani pada pembungkusan. Selalunya, bahan-bahan yang sama ini boleh didapati dalam produk lelaki juga. Walau bagaimanapun, kerana wanita secara aktif mencari bahan dan reka bentuk ini, pengeluar menyesuaikan pemasaran mereka untuk menarik keperluan wanita untuk menjana lebih banyak jualan.