Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

MENGAPA RAMBUT BERUBAN?

By 21 Ogos 2018September 7th, 2020No Comments
Adalah sesuatu yang normal jika rambut anda berubah menjadi putih selari dengan usia, atau nama lainnya uban. Tetapi sebenarnya, rambut uban boleh muncul pada mana-mana fasa hidup anda. Walaupun anda masih muda remaja. Rambut anda mempunyai berpuluh ribu folikel rambut yang menghasilkan rambut. Folikel ini mengandungi sel pigmen yang dinamakan melanin untuk memberikan warna pada rambut.
Semakin masa berlalu, folikel rambut kehilangan sel pigmen ini, lalu terhasillah uban, rambut yang berwarna putih. Uban yang tumbuh ketika anda muda remaja dinamakan uban pramatang. Maknanya keluar sebelum usia. Kita terokai apa faktor-faktor luar yang mempengaruhi penghasilan uban ini.
Image result for rambut beruban

Uban Di Usia Emas Adalah Normal

VITAMIN
Antara vitamin yang penting untuk rambut adalah vitamin B6, B12, D dan E. Kekurangan vitamin-vitamin ini akan menyumbang kepada uban pramatang. Nutrisi diatas ini sangat penting untuk proses pewarnaan rambut. Simptom pengurangan vitamin B12  dipanggil sebagai pernicious anemia. Situasi dimana badan anda tidak dapat menyerap vitamin B12 secukupnya.
Badan anda memerlukan B12 untuk penghasilan sel darah merah yang sihat, yang membawa oksigen kepada badan anda, dan membawa sel rambut ke kepala anda. Penurunan kualiti sel darah merah akan memberi kesan kepada penghasilan melanin.
KETURUNAN
Menurut kajian Indian Journal of Dermatology, faktor terbesar pertumbuhan uban di rambut anda adalah disebabkan oleh genetik. Jika bapa dan nenek moyang anda sudah mengalami masalah uban pada usia muda, kebarangkalian besar anda juga turut menerima nasib yang sama. Uban pramatang akan muncul sekitar usia 20-25 tahun.
Tidak banyak yang boleh dilakukan jika DNA memainkan peranan. Anda boleh mendapatkan rawatan intensif untuk mengurangkan penghasilan uban pramatang. Tetapi harus diingatkan, DNA keturunan anda masih berada didalam diri anda.
Image result for dna

DNA Didalam Tubuh Badan Anda

STRESS
Selain daripada genetik dan keturunan, stress dan emosi juga memainkan peranan penting dalam penghasilan uban pramatang. Apabila anda tertekan, hormon anda akan tidak stabil terutamanya antioxidant. Sel-sel rambut anda juga akan terganggu, yang boleh menjurus kepada masalah rambut yang lain.
Tetapi, penghasilan antioxidant yang berlebihan juga boleh mendorong kepada kerosakan rambut. Gangguan pada sel pigmen rambut anda dikenali sebagai vitiligo. Vitiligo boleh mematikan sel melanin yang memberikan warna pada rambut. Lalu menghasilkan uban.
THYROID
Satu tugas penting kelenjar thyroid: Mengawal hormon badan. Kelenjar thyroid yang gagal berfungsi dengan baik dikenali sebagai hyperthyroidism atau hypothyroidism. Kelenjar yang mengawal metabolisma badan ini terletak di belakang leher. Kenapa kita perlu mengenali apa itu Thyroid?
Kerana kelenjar thyroid inilah yang memberikan kesan pada rambut anda untuk menghasilkan uban pramatang. Jika melanin tidak dihasilkan dengan cukup, rambut anda akan mudah untuk kehilangan warnanya.
Related image

Uban Pramatang

MEROKOK
Tabiat merokok ini bukan sahaja merosakkan paru-paru, malah merosakkan seluruh badan. Perokok lebih terdedah kepada masalah uban pramatang berbanding golongan yang tidak merokok. Sebenarnya, uban pramatang adalah salah satu masalah rambut akibat dari tabiat merokok. Perokok biasanya mengalami masalah rambut gugur, rambut kusam dan rambut kering.
Bahan kimia berbahaya yang terkandung didalam rokok boleh menyekat peredaran darah ke kepala. Seperti point diatas, sel darah merah juga membawa nutrisi untuk rambut. Jika tidak dapat disampaikan dengan baik, folikel tidak dapat memberikan nutrisi yang lengkap kepada anak rambut.
PRODUK
Masalah ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki. Lelaki ni kerap bertukar-tukar produk mengikut situasi dan selera mereka. Kejap pomade, kejap gel, kejap krim, kejap wax. Rambut yang sensitif tidak dapat menerima perubahan drastik ini lalu rambut menjadi rosak. Produk-produk rambut ini mengandungi bahan-bahan kimia yang berbeza dan ada diantaranya, berbahaya.
Kandungan didalam produk rambut boleh mengurangkan penghasilan melanin yang memberikan warna pada rambut. Jika anda selalu mewarnakan rambut, anda perlu tahu satu bahan ini. Iaitu hydrogen peroxide. Ini adalah punca utama rambut anda bertukar menjadi warna putih
Related image

Penggunaan Wax Untuk Lelaki

BOLEHKAH RAMBUT UBAN DIRAWAT?
Boleh, tetapi ianya bergantung pada punca rambut anda beruban. Jika kerana keturunan dan genetik, sebenarnya tidak ada apa-apa yang anda boleh lakukan. Jika kerana masalah kesihatan, anda disarankan berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Anda juga boleh melakukan terapi hormon untuk masalah thyroid anda. Ini boleh mengembalikan semula pigmen rambut kepada warna asal.
Jika anda kekurangan vitamin, anda boleh mendapatkan Vitamin B12 di farmasi atau amalkan permakanan sihat seperti ikan salmon, daging, telur dan sayur hijau. Dan jika masalah uban anda berpunca daripada tabiat merokok, hentikan merokok sekarang! Dan kurangkan stress, ok?
Selain itu, faktor permakanan juga memainkan peranan penting dalam merawat uban. Banyakkan pengambilan antioxidant seperti
  • Buahan segar
  • Sayur hijau
  • Minyak zaitun
  • Teh hijau
  • Ikan
Image result for healthy food

Permakanan Sihat

Sebenarnya, jika anda perhatikan, masalah uban ini kebanyakkannya berpunca dari diri anda sendiri. Perubahan dari dalam lebih penting dari rawatan luaran. Sebab itu ada pepatah menyebut, prevention is better than cure. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jaga kesihatan anda, dan anda akan dapati rambut anda juga turut sihat. Ok?

Leave a Reply